Tempatan

Kerajaan Akan Bincang KKM, Industri Untuk Komersilkan Ketum, Kanabis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KOTA BHARU, 01 Februari 2023 – Perbincangan terperinci bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan diadakan sekiranya penghasilan produk berasaskan kanabis dan ketum dalam bidang perubatan dibenarkan di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof berkata, perbincangan itu dibuat untuk melihat kesesuaian bagaimana cara untuk menjadikan produk itu ditanam, diproses serta dijual hasilnya dalam keadaan terkawal.

BACA JUGA: Kebun Durian Haram: DAP Bawa Penceroboh Jumpa Menteri Besar?

BACA JUGA: Gelekan Ghairah: Penganjur Mohon Permit Tidak Dibatalkan

BACA JUGA: AMARAN Hujan Berterusan Di 4 Negeri dan Tahap Buruk Di Sarawak

“Kalau dapat hasilkan dalam keadaan terkawal dari segi tanaman dan proses untuk bidang perubatan dalam negara termasuk menghasilkan minyak serta lebih kepada eksport, ini mungkin salah satu perkara yang kita boleh fokus.”

Menurutnya, meskipun tanaman ketum dan kanabis telah diterima di negara lain, namun di Malaysia ia adalah barangan di bawah kawalan.

Oleh itu perbincangan tersebut juga akan diadakan bersama pihak industri, persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan, katanya pada sidang media selepas melawat Ibu Pejabat Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara di Kubang Kerian di Kota Bharu pada Selasa lalu.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan ketika itu Khairy Jamaluddin, menegaskan akan mengambil pendirian berhubung penggunaan kanabis dalam bidang perubatan sebelum akhir tahun lalu.

Tegasnya, Malaysia tidak ingin ketinggalan dalam penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan, maka kajian menyeluruh akan dibuat jika mendapat permintaan yang tinggi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: