Antarabangsa

Kota Serambi Mekah Rancang Gubal Undang-Undang Penggunaan Ganja

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDONESIA, 27 Ogos 2022 – Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) wilayah Aceh merancang untuk menggubal undang-undang yang mengawal penggunaan ganja bagi tujuan perubatan.

Aceh kaji undang-undang benarkan ganja untuk perubatan

Menurut Ketua Suruhanjaya DPR Aceh, M. Rizal Falevi Kirani, beliau mahu ganja perubatan ‘dihalalkan’ untuk menyembuhkan pesakit yang menghidap pelbagai penyakit.

“Justeru, saya berpendapat amat penting untuk Aceh membuat kajian dan mewujudkan undang-undang tertentu.”

“Baru-baru ini, isu ganja untuk perubatan ada dikeluarkan PMK No. 16 Tahun 2022. Ini adalah asas yang kita akan kaji secara lebih menyeluruh lagi mengenai undang-undang ganja perubatan.”

“Bermula dari situ, kita akan menyusun mekanisme dan prosedur berkenaan perkara yang dilarang dan dibenarkan,” jelas M. Rizal Falevi Kirani.

Baru-baru ini, samudera.my melaporkan berkenaan seorang pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengatakan bahawa Malaysia merancang untuk belajar dari Thailand berhubung dasar penggunaan ganja dalam perubatan.

Halal Ganja Dalam Perubatan: Malaysia Rancang Belajar Dari Thailand

“Kami sedang membangunkan rangka kerja kami sendiri untuk penggunaan ganja bagi tujuan perubatan, dan ingin belajar dari Thailand,” kata pegawai berkenaan yang enggan dikenali kepada sebuah media.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pula dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan bukan perkara baharu di Malaysia kerana pada tahun 2014, Sativex yang mengandungi cannabidiol (CBD) dan tetrahydrocannabinol (THC) pernah diluluskan penggunaannya di Malaysia untuk merawat kekejangan otot.

Justeru, Kerajaan akan mengambil pendirian berhubung penggunaan kanabis dalam bidang perubatan sebelum akhir tahun, ujarnya lagi.

Kanabis Untuk Perubatan Bukan Perkara Baharu Di Malaysia – KJ

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: