Antarabangsa

Kanabis Untuk Perubatan Bukan Perkara Baharu Di Malaysia – KJ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANGKOK, 26 Ogos 2022 – Penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan bukan perkara baharu di Malaysia kerana pada tahun 2014, Sativex yang mengandungi cannabidiol (CBD) dan tetrahydrocannabinol (THC) pernah diluluskan penggunaannya di Malaysia untuk merawat kekejangan otot, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada Khamis.

Walau bagaimanapun, produk itu tidak mendapat sambutan di pasaran tempatan maka pandaftarannya dibatalkan, katanya lagi sewaktu lawatan kerja bilateral kesihatan ke Bangkok.

Jelasnya, penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan semakin luas di peringkat antarabangsa termasuk untuk penjagaan paliatif, pengurusan sakit kronik, insomnia dan pesakit yang jalani kemoterapi.

“Undang-undang dan kerangka sedia ada membenarkan penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan.”

Berkata lanjut, Khairy menyatakan bahawa buat permulaan, Malaysia hanya melihat penggunaan produk kanabis untuk tujuan perubatan dan bukan penanamannya.

“Malaysia tidak mahu ketinggalan. Maka, kita mahu lihat dan kaji keberkesanan dan keselamatan penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan,” katanya.

Namun, sekiranya terdapat permintaan tinggi untuk menjadikan kanabis satu industri, pihaknya akan mengkaji daripada segi penanaman (kanabis).

Kerajaan akan mengambil pendirian berhubung penggunaan kanabis dalam bidang perubatan sebelum akhir tahun, ujarnya lagi.

Dalam satu jawapan Parlimen bertulis sebelum ini, Khairy memaklumkan bahawa pihak yang mempunyai bukti saintifik yang mencukupi untuk menggunakan kanabis (hemp) bagi apa-apa tujuan pengubatan dengan mengambil kira aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanannya boleh mengemukakan permohonan kepada Pihak Berkuasa Dadah untuk dinilai dan didaftarkan.

Namun ia mestilah atas tujuan pengubatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: