Tempatan

Pelajar Universiti Ditangkap Cuba Seludup Ganja 1kg Guna Penghantar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISKANDAR PUTERI, 23 Februari 2023 – Seorang pelajar universiti ditangkap selepas gagal dalam cubaan menyeludup 1kg ganja melalui perkhidmatan kurier.

Lapor portal tempatan, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kastam, Datuk Sazali Mohamad berkata, suspek merupakan pelajar tempatan berusia 21 tahun dan ditangkap kira-kira jam 12.15 tengah hari pada Khamis (09 Feb) di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang bagi membantu siasatan.

BACA JUGA: Selepas Gempa Ke-3 Bandar Antakya, Turkiye, Sunyi Sepi

Ujar beliau, pihaknya telah menemui 1,001 gram ganja dalam bungkusan yang dialamatkan kepada pelajar itu.

“Bungkusan itu dikatakan mengandungi laci plastik. Bagaimanapun, selepas pemeriksaan, kami menemui dadah bernilai kira-kira RM2,502 dibaluti plastik lutsinar.”

Dalam pada itu, pihak Kastam juga sedang memburu abang suspek yang dipercayai turut terlibat dalam kes tersebut.

BACA JUGA: Hentikan Dana Melampau Kerajaan Kepada Sekolah Swasta Vernakular – CIJ

“Kami sedang mencari abang suspek, pelajar berusia 24 tahun. Kami percaya dadah itu adalah untuk kegunaan sendiri atau untuk dibahagikan kepada kumpulan rakan suspek.”

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

BACA JUGA: Kartel ‘Kawal’ Harga Telur & Ayam, B60 Bakal Terkesan Teruk

“Siasatan masih diteruskan namun setakat ini, tiada tanda-tanda dadah itu akan diedarkan ke pasaran tempatan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau mendedahkan, terdapat peningkatan aktiviti penyeludupan dadah melalui perkhidmatan kurier.

“Sudah menjadi kelaziman dadah diseludup melalui perkhidmatan kurier sebegitu kerana ia dilihat sebagai cara untuk menyembunyikan diri daripada dikesan pihak berkuasa.”

“Dalam kes sedemikian, barang-barang itu diisytiharkan secara palsu sebagai sesuatu yang lain seperti yang kita lihat dalam kes ini di mana ia diisytiharkan sebagai laci plastik,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: