Tempatan

Hal Ehwal Pengurusan Islam Tidak Boleh Ditentukan Ikut Selea Bukan Islam – Dato’ Zainul Rijal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Pindaan Akta 355 Usah Diganggu

Perkara 11 (3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan tiap-tiap kumpulan agama berhak menguruskan agamanya. Hal ini memberi jaminan berperlembagaan kepada penganut sesuatu agama dari campurtangan penganut agama lain. Umpamanya hal ehwal dan pengurusan orang Islam tidak boleh ditentukan mengikut selera orang bukan Islam dan begitulah sebaliknya orang Islam tidak mencampuri dan menguruskan hal ehwal orang bukan Islam. Inilah sikap berperlembagaan yang dianjurkan iaitu saling hormat menghormati anak penganut agama yang berbeza.

Sebagaimana yang kita ketahui Mahkamah Syariah hanya berkuasa kepada orang Islam sahaja dan perintahnya tidak terpakai kepada orang bukan Islam. Ini dikuatkan lagi dalam kes Mahkamah Persekutuan iaitu Rosliza Ibrahim yang menyatakan jikapun seseorang itu bukan Islam pada awalnya (ab initio non Muslim) Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa ke atas orang itu. Mahkamah Syariah hanya berbidangkuasa ke atas orang Islam sahaja.

Oleh itu kenyataan yang dikeluarkan oleh sebuah pertubuhan bukan Islam itu yang mendakwa pindaan kepada Akta 355 yang akan meningkatkan had dan jenis hukuman kepada Mahkamah Syariah oleh Dewan Negeri tidak harus dilaksanakan dan melanggar Perlembagaan sebenarnya menghakis efek perlembagaan yang dinyatakan di atas. Akta 355 selama ini hanya terpakai kepada orang Islam sahaja.

Tambahan pula Akta 355 adalah mengenai takat hukuman yang digubal oleh Kerajaan Negeri bagi kesalahan syariah, ia tidak ada kena mengena dengan jenis kesalahan yang diperuntukkan di dalam perkara Persekutuan seperti mana yang diputuskan dalam kes Iki Putra melawan Kerajaan Negeri Selangor di Mahkamah Persekutuan.

Dalam suatu kes Mahkamah Persekutuan yang lain iaitu Dinesh Tanaphil melawan Lembaga Pengampunan Jenayah telah memutuskan antara lain Islam adalah salah satu daripada doktrin struktur asas Perlembagaan Persekuan, oleh itu adalah tidak logik berpegang kepada prinsip undang-undang jenayah syariah jika diarus perdanakan akan melanggar Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang didakwa. Tiada peruntukan yang spesifik dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan hal sedemikian.

Kenyataan yang dikeluarkan pertubuhan tersebut menimbulkan kebencian di kalangan orang Islam dan menyentuh aspek 3R yang dilarang oleh undang-undang. Tindakan perlu diambil terhadap perbuatan ini.

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang berjanji pindaan kepada Akta 355 akan dibentangkan di Parlimen tahun ini. Pindaan akta tersebut telah lama tidak dilakukan dan umat Islam menagih janji ini sekian lama dipendamkan. Saya percaya dengan meningkatkan kadar hukuman dan jenisnya termasuk hukuman restroratif akan memperkasakan lagi mahkamah syariah dan hukuman Islam akan diperluas tidak sekadar denda penjara dan sebatan sahaja.

Reformasi hukuman Islam ini perlu disegerakan supaya falsafah hukuman dalam Islam dapat dilihat dengan jelas oleh masyarakat Islam dan bukan Islam.

Datuk Zainul Rijal Abu Bakar

Presiden
Badan Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan

Tarikh 5 April 2024

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: