Tempatan

Akhirnya Kerajaan Luluskan Ganja

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 09 November 2021 – “Suatu keluaran yang mengandungi kanabis untuk digunakan bagi tujuan pengubatan manusia boleh diimport dan digunakan di Malaysia sekiranya keluaran yang mengandungi kanabis tersebut dilakukan dengan mematuhi keperluan undang-undang,” demikian jawapan bertulis Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin kepada MP Muar Syed Saddiq di Parlimen hari ini.

Kata Khairy lagi, “Untuk makluman, akta sedia ada yang mengawal selia kanabis dan hasilnya di Malaysia iaitu Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952 tidak menghalang penggunaan kanabis bagi tujuan pengubatan.”

Dalam jawapan bertulis itu juga, beliau menyatakan, pihak yang mempunyai bukti saintifik yang mencukupi untuk menggunakan kanabis (hemp) bagi apa-apa tujuan pengubatan dengan mengambil kira aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanannya boleh mengemukakan permohonan kepada Pihak Berkuasa Dadah untuk dinilai dan didaftarkan.

Namun ia mestilah atas tujuan pengubatan.

“Kanabis (hemp) turut dikawal di bawah Single Convention on Narcotic Drugs of 1961 dan tersenarai di bawah Jadual I Konvensyen tersebut. Kawalan utama yang dikenakan ke atas bahan yang tersenarai dalam Jadual I adalah dihadkan hanya untuk tujuan perubatan dan saintifik yang melibatkan pengeluaran, pembuatan, eksport, import, pengedaran, perdagangan, penggunaan dan pemilikan.”

29 September lalu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan supaya kerajaan meneliti perbincangan yang terperinci berhubung kelulusan ganja sebagai rawatan alternatif.

“Saya ingin cadangkan kerajaan ada penelitian perbincangan dan khusus untuk kita lihat kelulusan industri hemp dan marijuana kerana banyak anak muda di luar kita lihat ada masalah kesihatan bipolar disorder yang boleh dibantu guna jalan ini (ganja perubatan) as form of alternative treatment seperti yang dilakukan negara lain.”

Tahun lalu Malaysia digemparkan dengan kes Muhammad Lukman Mohamad atau digelar sebagai doktor ganja yang dijatuhi hukuman mati pada Ogos 2018 kerana memiliki 3,010 mililiter delta 9 tetrahydrocannabinol (ekstrak kanabis), 1,422 gram delta 9 tetrahydrocannabinol dan 279.81 gram kanabis yang dikatakan beliau digunakan bagi tujuan merawat pesakit.

Mahkamah Persekutuan di Putrajaya kemudiannya membenarkan rayuan doktor ganja untuk mengetepikan sabitannya dan menggantikan tuduhan Muhammad Lukman Mohamad di bawah Seksyen 9 Akta Dadah Berbahaya (DDA).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: