Antarabangsa

Tembakan Kereta Kebal Israel Sasarkan Wartawan – Laporan UNIFIL

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AHAD, 17 MAC 2024 – Sebuah laporan yang dikeluarkan oleh salah sebuah badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) telah menyimpulkan bahawa sebuah kereta kebal Israel telah menembak sekumpulan wartawan antarabangsa dengan dua tembakan.

Tindakan tersebut yang telah berlaku di Lubnan pada pertengahan Oktober lalu adalah sebuah perlanggaran undang-undang antarabangsa.

Laporan tersebut telah dikeluarkan oleh UNIFIL, sebuah misi keamanan yang dihantar ke sempadan di antara Israel dan Lubnan pada 2006 sebagai sebahagian perjanjian yang menamatkan pendudukan haram Israel daripada selatan Palestin.

Dapatan laporan tersebut adalah bersamaan dengan penemuan yang dilakukan oleh Reuters sewaktu mereka mencari punca kematian salah seorang pekerja mereka, Issam Abdallah serta enam lagi wartawan yang tercedera.

Abdullah yang berupakan seorang jurugambar bagi Reuters adalah salah seorang daripada pasukan wartawan yang bertugas dalam liputan situasi dari sebuah bukit di Lubnan dan pada ketika itu dinyatakan bahawa sebuah kereta kebal Israel, IDF Merkava telah melepaskan dua tembakan terhadap mereka.

Serangan tersebut telah disifatkan sebagai perlanggaran gencatan senjata dan ianya perlu dipertanggungjawabkan di hadapan undang-undang antarabangsa.

Kesimpulan daripada keseluruhan laporan tersebut telah diterbutkan oleh Reuters pada Rabu lalu manakala laporan asal telah dihantar kepada PBB pada 28 Februari serta dikongsikan kepada pihak pemerintah Israel dan Lubnan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: