Terkini

Pelancong Malaysia ‘Borong’ Minuman Ringan Bercampur Ganja Thailand

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 September 2022 – Pelancong Malaysia dilaporkan sering membeli minuman ringan bercampur ganja di Thailand yang dijual di kedai serbaneka dengan harga serendah RM2.

“Pelanggan biasanya membeli lebih daripada lima botol, kebanyakannya lelaki. Selain warga tempatan, ramai juga pelanggan Malaysia pada hujung minggu,” kata pekerja kedai serbaneka Thailand.

Katanya, para pelanggan menyifatkan minuman itu sebagai ‘sedap’, boleh memeningkan dan mengubah kewarasan seketika.

Perkara itu mendatangkan kerisauan buat segelintir pelancong Malaysia apabila minuman ringan bercampur ganja ini dijual secara terbuka.

Akibatnya, mungkin pelancong menyalah anggap minuman ringan bercampur ganja itu sebagai minuman ringan biasa.

Sementara itu, pakar perubatan Dr Abu Hasan Samad menasihatkan supaya tidak meminum produk itu kerana ianya merupakan produk daripada industri yang tidak terkawal yang mungkin menyebabkan pengeluar menambah bahan tambahan dan seterusnya boleh mengakibatkan gangguan psikomotor.

Bukan itu sahaja, pakar kriminologi bebas Shahul Hamid Abdul Rahim turut memberi amaran keras agar tidak mencuba minuman tersebut bagi mengelak daripada melanggar undang-undang yang ditetapkan.

Di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 menetapkan keputusan positif ujian dadah boleh didenda sehingga RM5,000 dan penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: