Terkini

Cacar Monyet: Thailand Pantas Mulakan Langkah Saringan Pelancong Asing

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

THAILAND, 25 Mei 2022 – Wabak cacar monyet yang sudah tersebar di kebanyakan negara memaksa Thailand memulakan langkah saringan terhadap pelancong asing yang tiba di negara tersebut.

Lapor Pattaya Mail, Dr Chakkarat Pitayawong-anon, Pengarah Epidemiologi Jabatan Kawalan Penyakit Thailand berkata, Thailand terpaksa bertindak sedemikian kerana tiada ubat khusus untuk penyakit itu dan ia boleh berjangkit di kalangan manusia.

Tambahnya, jabatan itu turut menubuhkan Pusat Operasi Kecemasan (EOC) untuk menangani wabak cacar monyet di mana pegawai lapangan terbang ditugaskan untuk menyaring dan memeriksa pelancong asing secara teliti.

Saringan akan dilakukan kepada pelancong asing yang tiba daripada negara-negara berisiko tinggi termasuk Nigeria, England, Sepanyol, Portugal dan Congo terutamanya bagi mereka yang mempunyai gejala seperti ruam.

Melalui platform kod QR, Dr Chakkarat memaklumkan bahawa Kerajaan Thailand memberi nasihat kesihatan kepada orang ramai dan mengesyorkan untuk segera berjumpa doktor sekiranya mengalami gejala demam atau ruam.

Leave a Reply

Back to top button