Kes Cacar Monyet Sudah Tiba di Negara Jiran
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
BANGKOK, 31 Mei 2022 – Thailand mencatatkan kes pertama cacar monyet apabila seorang penumpang dari Eropah telah disahkan positif cacar monyet ketika transit di lapangan terbang antarabangsa di Bangkok selama kira-kira dua jam sebelum ke Australia.
Menurut Pengarah Epidemiologi Jabatan Kawalan Penyakit Thailand Dr Chakkarat Pittawawongon, berkata penumpang itu mempunyai gejala lepuh di muka dan badan serta sejarah hubungan rapat dengan orang yang dijangkiti dalam tempoh 21 hari lalu, dan mengembara dari negara di mana terdapat jangkitan penyakit itu.
Jelasnya, mereka yang dijangkiti akan diberi rawatan dan diasingkan selama 21 hari selepas diagnosis.
Tambahnya lagi, seramai 12 kru dan penumpang yang berhubung rapat dalam kes ini telah dikuarantin selama tujuh hari dan setakat ini tiada seorang pon menunjukkan sebarang gejala namun mereka akan diasingkan selama 21 hari untuk memastikan mereka selamat.
Sebelum itu, Thailand telah memulakan langkah saringan terhadap pelancong asing yang tiba di negara tersebut di mana pegawai lapangan terbang ditugaskan untuk menyaring dan memeriksa pelancong asing secara teliti.
Baru-baru ini juga, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah menzahirkan kekhuatiran dan menyeru orang ramai supaya lebih berwaspada terhadap penularan wabak cacar monyet yang kini sedang merebak di beberapa negara.