Setiap Penduduk Di India Adalah Hindu – Pemimpin Kumpulan Militan
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
NEW DELHI, 30 September 2022 – “Semua orang yang tinggal di India adalah Hindu dari segi identiti,” kata ketua kumpulan militan Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS), Mohan Bhagwat.
Kenyataan itu dikeluarkan sewaktu menghadiri sebuah acara yang dianjurkan unit kumpulan militan itu di Shillong.
Mengetengahkan ideologi RSS, Mohan berkata, istilah ‘Hindu’ merangkumi semua mereka yang merupakan anak kepada ‘Bharat Mata’, keturunan nenek moyang India dan yang hidup mengikut budaya India.
Katanya lagi, malah, agama Hindu telah lama wujud di tanah Hindustan itu sebelum kedatangan Islam dan Kristian.
Kerana itu, seseorang tidak perlu mengubah sesuatu perkara untuk menjadi Hindu kerana setiap seorang yang berada di negara itu adalah Hindu.
“Penduduk di India secara tradisinya dipanggil Hindu. Ini juga dipanggil Bharat,” katanya.