Antarabangsa

Thailand Perkenal Hukuman Kembiri Kimia Kepada Pesalah Seks

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

THAILAND, 28 Oktober 2022 – Sebuah undang-undang baharu telah diperkenalkan di Thailand, di mana pesalah laku seksual boleh dikenakan hukuman kembiri kimia, iaitu penggunaan bahan kimia atau ubat-ubatan yang berupaya menghentikan pengeluaran hormon seksual seseorang.

Undang-undang tersebut membolehkan pesalah kesalahan jenayah seksual untuk memilih sama ada mahu disuntik dengan hormon tersebut, dengan ‘tawaran diskaun’ kepada hukuman atau tempoh tahanan yang dikenakan.

Hukuman ini, menurut Kementerian Keadilan di sana, adalah berdasarkan statistik bahawa lebih dari 50% pesalah kesalahan serius kembali melakukan jenayah yang sama setelah selesai menjalani hukuman.

Undang-undang tersebut, yang juga diguna pakai di tiga buah negara: Republik Czech, Indonesia dan Ukraine, akan mula berkuat kuasa mulai 25 Januari 2023 nanti – berdasarkan sebuah laporan tempatan.

Suntikan kimia ini dipercayai mampu menghentikan kelenjar pituitari dari mengeluarkan hormon peluteinan yang bertanggungjawab ‘memberi isyarat’ kepada testis lelaki untuk mengeluarkan testosterone.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: