Tempatan

Najib Ke Penjara 12 Tahun, Mahkamah Persekutuan Kekalkan Hukuman

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Ogos 2022 – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara tersebut, kata Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan setebal 15 muka surat yang dibacakan di dalam mahkamah.

“Oleh itu rayuan ditolak sebulat suara dan sabitan dan hukuman dikekalkan.”

Panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas selesai mendengar hujahan dan permohonan yang dikemukakan sepanjang rayuan akhir bermula sejak minggu lalu.

“Adalah dapatan sebulat suara kami bahawa sabitan perayu terhadap semua tujuh pertuduhan adalah selamat dan hukuman tidak keterlaluan.”

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: