NGO

Buku Sejarah Tingkatan 4 Satu Perbuatan Jenayah, Gabungan NGO Lapor Polis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM – Wakil Gabungan NGO-NGO Melayu membuat laporan polis sebentar tadi berkenaan isu Buku Teks Sejarah Tingkatan 4. Puan Seri Fatini Yaacob sebagai wakil kepada Yayasan Kasih Tauhid, salah satu daripada gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) tersebut, membuat laporan polis awal pagi ini di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam.

Menurut wakil gabungan tersebut, buku teks sejarah tingkatan 4 KSSM mengandungi unsur-unsur fakta yang telah dimanipulasikan dan memasukkan elemen Malaysian Malaysia dalam isikandungannya. Antara perkara yang dibangkitkan dalam laporan tersebut ialah usaha mengagung-agungkan pihak komunis dan mengiktiraf mereka sebagai pejuang kemerdekaan.

Kata wakil gabungan, “Kesannya kepada pelajar, ia menanamkan benih bahawa fahaman sosialis dan komunis adalah tidaklah buruk sebagaimana yang ditohmahkan selama ini.”

“Fakta-fakta yang didedahkan dalam buku ini adalah maklumat sejarah palsu untuk mencuci pemikiran pelajar daripada sejarah yang sebenar serta mempunyai unsur hasutan yang boleh membawa kepada ketidakharmonian dalam negara dan memecahbelahkan antara kaum,” demikian menurut sebahagian dari laporan polis yang dikemukakan.

Selain daripada memasukkan elemen komunis sebagai pejuang kemerdekaan, buku teks sejarah tingkatan 4 tersebut juga mengangkat tokoh gerakan kiri nasionalis Melayu radikal dan mengiktiraf sumbangan mereka dalam perjuangan kemerdekaan.

“Penerangan mengenai gerakan nasionalis radikal terlalu terperinci. Tajuk-tajuk berkaitan seperti Gerakan Nasionalis Radikal Melayu, Gabungan Putera-AMCJA, Sumbangan Nasionalis Radikal, Cadangan Putera AMCJA dan Perlembagaan Rakyat. Paling menonjol ada keratan akhbar HARTA yang berjudul Kemuncak Perjuangan Putera AMCJA yang dilihat tiada apa-apa signifikan kecuali untuk menerapkan ideologi.”

Menurut wakil gabungan NGO-NGO tersebut, laporan polis ini dibuat supaya pihak polis dapat menjalankan siasatan terperinci terhadap penerbitan buku ini dan mengharamkannya daripada menjadi buku teks para pelajar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: