Antarabangsa

Tidak Wajib Bertudung, Boycut Kini Menjadi Trend Di Arab Saudi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RIYADH, 25 Jun 2022 – Kebanyakan wanita di Arab Saudi menggunting rambut mereka dengan gaya rambut pendek atau ‘boycut’ susulan pembatalan kewajipan memakai tudung oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman (MbS), anak Raja Salman.

Mereka memilih untuk tidak bertudung dan berambut pendek dengan alasan itu lebih praktikal.

Bukan itu sahaja, mereka juga berpendapat berambut pendek adalah salah satu cara perlindungan diri.

Seorang doktor perempuan yang ingin dikenali sebagai Safi memberitahu, gaya rambut pendeknya itu membantu diri lebih fokus terhadap pesakitnya.

“Orang ramai suka melihat kewanitaan dalam penampilan wanita. Gaya ini seperti perisai yang melindungi saya daripada orang ramai dan memberi kekuatan kepada saya,” kata Safi.

Trend ini juga diikuti oleh selebriti Arab Saudi, seperti pelakon Yasmin Raeis yang juga dikenali sebagai penyanyi Shirene.

Menurut penandan rambut di Riyadh, permintaan untuk potongan rambut gaya lelaki melonjak naik terutamanya dalam kalangan wanita berusia lewat belasan dan dua puluhan.

“Gaya ini sangat terkenal sekarang, pembatalan kewajipan memakai tudung merancakkan lagi trend ini.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: