Tempatan

MALAM INI: Taufan Dijangka Badai Malaysia, Kesan Ribut Tropika Kuat Nesat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 17 Oktober 2022 – “Ramalan terkini menunjukkan sistem ini dijangka meningkat ke tahap taufan menjelang malam ini,” demikian kenyataan media dari Jabatan Meteorologi Malaysia Kementerian Alam Sekitar Dan Air (METMalaysia).

Kenyataan terkini METMalaysia tersebut adalah berkenaan ‘Kesan Ribut Tropika Kuat Nesat kepada Malaysia’, di mana ribut tersebut kini berada di kedudukan 19.7U 117.2T di barat laut Filipina dan dijangka bergerak ke arah barat menuju Pulau Hainan.

BACA JUGA: Tragedi Kanjuruhan: Indonesia Bakal Roboh Stadium ‘Makan Korban’

BACA JUGA: Negara Majoriti Islam Mahu Watak ‘Yaya’ Free Hair

BACA JUGA: Isu Dakwaan Keturunan Nabi Muhammad S.A.W, JAKIM Beri Peringatan

Keadaan ini akan menyebabkan angin kencang di Laut China Selatan dan dijangkakan meningkat kepada tahap taufan menjelang malam.

Sehubungan itu, METMalaysia mengeluarkan ‘Amaran Hujan Berterusan’ tahap waspada untuk negeri Sarawak, Sabah dan WP Labuan sehingga esok, 18 Oktober 2022.

“Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan untuk lebih peka dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan. Maklumat cuaca terkini boleh diperolehi melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi. Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.”

Samudera.my sebelum ini melaporkan berkenaan ramalan cuaca yang juga dikeluarkan oleh METMalaysia yang menjangkakan ribut petir akan melanda 12 negeri seluruh Malaysia, bermula petang ini.

Selain tiga negeri-negeri di bahagian Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan, 10 negeri lain yang turut diramal ribut petir adalah Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan WP Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: