Tempatan

Filem Mentega Terbang Provokasi Islam Agama Persekutuan – PUTRA Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Februari 2023 – “Filem ini jelas satu provokasi terhadap Islam Agama Persekutuan yang meletakkan Islam sama dengan agama-agama lain. Ini amat merbahaya kepada keselamatan negara kerana provokasi ini akan menimbulkan emosi kemarahan umat Islam kerana perkara berkaitan aqidah Islam adalah perkara yang amat sensitif.”

Demikian kenyataan tegas Ketua Penerangan PUTRA Malaysia, Mohamad Shahrulufti Mohamad Sharif mengenai filem Mentega Terbang yang dipercayai menghina dan mempersendakan agama Islam secara terang-terangan.

Menerusi sebuah kenyataan media di laman Facebook, beliau menekankan bahawa filem tersebut boleh memesong dan mencabar akidah umat Islam malah amat merbahaya bagi individu yang belum memahami ajaran Islam sepenuhnya.

Beliau juga berpendapat, kebebasan bersuara atau menerbitkan apa sahaja berita atau filem, perlu ada hadnya yang tidak boleh mencetuskan kemarahan majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam.

BACA JUGA: Sidang Dewan Rakyat Dilanjut Dua Hari Pada April

BACA JUGA: Hujan Berterusan, Trend Aras Air Di Sarawak Kini Di Aras Bahaya

BACA JUGA: ‘Ummi’ Ditahan, Aktifkan Kembali Ajaran Sesat Di Negeri Sembilan

Dalam pada itu, katanya, aduan kepada pihak polis telah dibuat pada 27 Februari 2023 (Isnin) jam 1 pagi di Balai Polis Dang Wangi dengan no. report 005631/23 mengenai Penerbitan dan Tayangan Filem Mentega Terbang.

PUTRA mendesak pihak polis segera menyiasat dan merujuk siasatan filem ini kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan negeri-negeri serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengesahkan bahawa filem ini bertentangan dengan akidah ajaran Islam.

“Tindakan selanjutnya dengan segera menasihat Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan segera tayangan filem ini setelah mendapat nasihat dari JAKIM atau Majlis Agama Islam,” tambahnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: