Tempatan

Hak Asasi Pekerja Seks Malaysia – Pesuruhjaya SUHAKAM

Jangan lupa sertai Telegram, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2021 – Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Dato’ Dr Madeline Berma berkata, pekerja seks di Malaysia bukan sahaja didiskriminasi malah dianggap melakukan jenayah.

Keadaan ini berlaku kerana industri pekerjaan seks adalah tidak sah dari segi undang-undang negara.

“Hari ini saya membentang kertas kerja berkaitan “Hak Asasi Pekerja Seks di Malaysia”. Diskusi ini dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan dan Kebajikan Umum Malaysia,” katanya dalam Diskusi Meja Bulat “Mengakhiri Keganasan Terhadap Pekerja Seks” semalam.

“Pekerja seks di Malaysia menghadapi diskriminasi, ancaman keselamatan, keganasan dan mereka tergolong dalam kumpulan rentan (vulnerable).”

“Keadaan ini berlaku disebabkan industri seks tidak sah daripada segi undang-undang negara, maka mereka yang bekerja dalam industri seks dikriminalisasi (criminalisation),” ujarnya.

Disebabkan pekerjaan dan pekerja industri seks dikriminalisasi, maka pekerja seks terpaksa menghadapi kesan-kesannya, tambah Madeline.

Pesuruhjaya SUHAKAM ini kemudiannya menyenaraikan lima kesan yang dihadapi oleh pekerja seks, akibat dari kesan dikriminalisasi.

Pertama, pekerjaan seks merupakan kesalahan jenayah (tidak sah di sisi undang-undang).

Kedua, mereka terdedah kepada penyakit berjangkit (HIV/AIDS).

Ketiga, mereka sering menghadapi layanan kasar daripada pihak berkuasa.

Keempat, pekerjaan dan pekerja seks dipandang rendah, diaib, dihina, dicela.

Kesan kelima adalah mereka sering menghadapi pencabulan terhadap Hak Asasi Manusia.

Majoriti pembaca dilihat menyelar kenyataan Madeline menerusi akaun Facebooknya ini.

Antaranya seperti mendesak SUHAKAM diharamkan, menyatakan pekerjaan seks tidak pernah wujud dalam mana-mana agama dan hak asasi manusia lain yang terkesan dan hancur disebabkan industri seks.

Diskusi Meja Bulat “Mengakhiri Keganasan Terhadap Pekerja Seks” dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dan Kebajikan Umum Malaysia (PKKUM) pada 26 Mac 2021 di mana pembentang solonya adalah Dato’ Dr. Madeline Berma.

 

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button