Tempatan

Penggabungan Celcom & Digi Berkemungkinan Naikkan Harga – FOMCA

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Julai 2022 – Naib Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Ajit Johl, menyifatkan penggabungan antara dua syarikat telekomunikasi gergasi Malaysia: Celcom dan Digi sebagai sesuatu yang “tidak masuk akal” dan mungkin akan mengakibatkan kenaikan harga ke atas pengguna.

Tambahnya lagi, peningkatan harga ini boleh berlaku berikutan kemungkinan pengguna yang tidak mempunyai banyak pilihan dalam menggunakan perkhidmatan pembekal rangkaian telekomunikasi apabila dua syarikat gergasi tersebut bergabung.

Beliau turut mendakwa bahawa dua syarikat telekomunikasi gergasi terbabit dalam keadaan keuntungan yang sangat baik, sekaligus menjadikan penggabungan tersebut sebagai sesuatu yang tidak masuk akal, melainkan untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing.

FMT turut melaporkan bahawa kumpulan berkenaan menggesa supaya Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengambil tindakan dan menghentikan usaha penggabungan terbabit.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader, menyuarakan amaran penggabungan tersebut boleh mengakibatkan monopoli.

Beliau menyatakan bahawa penggabungan terbabit tidak patut diteruskan melainkan dengan ketetapan syarat yang ditentukan oleh kerajaan, seperti membekalkan perkhidmatan yang mencukupi di kawasan perkampungan dan memperbaik perkhidmatan di kawasan bandar.

Terdahulu, halaman utama dunia perniagaan negara digegarkan dengan berita bahawa dua syarikat telekomunikasi gergasi, Digi dan Celcom, bakal bergabung dan usaha gabungan terbabit telahpun mendapat kelulusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: