Tempatan

Kadar Pengangguran Malaysia Catat Trend Penurunan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 September 2022 – Kadar pengangguran di Malaysia terus merekodkan trend penurunan berbanding bulan-bulan sebelumnya.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), penggangguran bulan Julai 2022 adalah 620,700 orang iaitu 3.7 peratus manakala Jun 2022 menunjukkan kadar pengangguran seramai 630,600 orang (3.8 peratus). Ini menunjukkan trend penurunan sebanyak 0.1 peratus antara kedua-dua bulan.

Kedudukan tenaga buruh juga bertambah baik dengan peningkatan berterusan dalam bilangan tenaga buruh sebanyak 0.2 peratus dari bulan ke bulan. Julai 2022 merekodkan 16.60 juta orang berbanding 16.57 juta orang pada bulan sebelumnya.

“Justeru, kadar penyertaan tenaga buruh yang lebih tinggi direkodkan pada bulan tersebut iaitu pada kadar 69.6 peratus.”

DOSM turut melaporkan bahawa situasi pasaran buruh negara semakin kukuh berikutan pengoperasian berterusan kesemua aktiviti perniagaan, yang sekali gus mendorong kepada peningkatan dalam permintaan tenaga, barangan dan juga perkhidmatan.

“Selaras dengan itu, bilangan penduduk bekerja pada Julai 2022 terus mencatatkan pertumbuhan positif 0.3 peratus kepada 15.98 juta orang (Jun 2022: 15.94 juta orang),” memetik laporan tersebut.

Dari segi ekonomi, guna tenaga dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan terus meningkat terutamanya dalam aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman, perdagangan borong dan runcit serta aktiviti pentadbiran dan sokongan.

Walau bagaimanapun, guna tenaga dalam sektor pertanian, perlombongan dan pengkuarian terus menurun. Bilangan penduduk luar tenaga buruh juga mencatatkan pengurangan sebanyak 0.1 peratus iaitu 7.25 juta orang berbanding 7.26 juta orang pada Jun lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: