Tempatan

Lumpuhkan Ekonomi Zionis!: Kempen Boikot Coca-Cola, Starbucks, PUMA & HP – PPIM

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KENYATAAN MEDIA BOIKOT! USAHA MELUMPUHKAN EKONOMI ZIONIS!

Sejak berdekad lalu rakyat Palestin telah ditindas oleh rejim Zionis dengan pencerobohan hak-hak kemanusiaan dan melakukan banyak jenayah perang terhadap mereka.

Kita boleh membantu rakyat Palestin dengan memperhebat usaha memutuskan sokongan ekonomi dan propaganda rasmi yang menghalalkan dan mendanai jenayah perang yang sedang berlaku di Palestin. Kempen Boikot yang akan dijalankan sepanjang tempoh 6 bulan berturut ini bertujuan bagi memberi kesedaran bahawa Islam itu kuat walaupun tidak berlawan dengan perperangan sekaligus mendidik masyarakat Islam terutamanya untuk sentiasa cakna dengan permainan yang dibawa oleh Zionis.

Dengan dunia serba moden dan mudah bagi mendapatkan maklumat, banyak antara kita telah terpedaya dan alpa dek manipulasi media Zionis yang tidak berkesudahan. Produk yang perlu di boikot sejak dahulu lagi semakin diterima masyarakat hasil usaha propaganda dan manipulasi mereka.

Bagi memutuskan rantaian sokongan ekonomi ini, pendedahkan penglibatan badan-badan korporat besar yang terlibat secara langsung atau tidak adalah amat diperlukan dalam mengecam sekeras-kerasnya tindakan Zionis ini. Sekiranya usaha ini diabaikan, kita akan berterusan alpa bahawa kita adalah penyumbang sebenar kepada kematian saudara Islam di Palestin.

Selain menyokong usaha memboikot produk Zionis, bantuan kewangan dan sumbangan derma adalah penting demi kesinambungan Palestin dan rakyatnya. Salurkan sumbangan anda kepada mana-mana NGO yang terlibat dalam gerakan ini atau melalui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di laman web Sumbangan.com. Semua sumbangan akan disalurkan 100% kepada Palestin tanpa sebarang caj.

KENAPA PERLU BOIKOT?

1. Syarikat Coca-Cola
Jenama : Cola-Cola/COKE
• Pada tahun 2009, syarikat Coca-Cola menaja anugerah yang diberikan kepada AIPAC di atas usaha mempengaruhi Senat untuk menolak keputusan “gencatan senjata segera” PBB dan meluluskan serangan ketenteraan Israel terhadap Gaza.
• The Central Bottling Company-CBC(Coca-Cola Israel) – mengendalikan salah satu fasiliti pembotolan terbesar dunia dan berkembang menjadi sekumpulan syarikat yang menguasai 40% daripada pasaran air minuman Israel dan mempunyai monopoli yang jelas dalam sektor Coke tempatan.
• CBC mempunyai kilang Coca-Cola di penempatan haram ATAROT.yang dibina di atas tanah yang dirampas dari rakyat Palestin dan menyalahi undang-undang antarabangsa.
• Memiliki ladang-ladang tenusu di kawasan penempatan haram di Shadmot Mecola,Lembah Jordan dan sebuah loji di zon industri Katzerin di Bukit Golan.
• Warren Buffet: Pemegang saham terbesar juga pemilik Berkshire Hathaway mempunyai 80% saham dalam konglomerat Israel Metalworks, ISCAR.

2. Syarikat : PUMA
Jenama : Semua Produk PUMA
• Penaja tunggal antarabangsa Persatuan Bolasepak Israel (IFA), penajaan PUMA memberikan hak legitimasi kepada semua tindak-tanduk IFA. IFA termasuk 6 buah kelab bola sepak telah didokumenkan oleh Pemerhati Hak Asasi Manusia sebagai kelab bola sepak yang berpusat di penempatan haram di Palestin yang telah dirampas oelh tentera Israel
• Penajaan Puma terhadap IFA telah membantu penglibatan secara langsung terhadap perlanggaran hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa di luar padang, membenarkan peluasan pengambilan tanah secara haram.
• Sementara ahli-ahli sukan Israel bebas bergerak ke seluruh dunia, pasukan Palestin terpaksa berdepan dengan pelbagai karenah di pusat pemeriksaan dan rentas sempadan walaupun hanya untuk acara sukan “tempat sendiri” di luar negara. Pihak berkuasa Israel telah melarang secara berkala; menghalang pemain Palestin dari menyertai sukan antarabangsa. Pada bulan September 2004, 5 pemain telah dilarang daripada berlepas ke pusingan kelayakan Piala Dunia menentang Uzbekistan.
• Oleh kerana perlawanan tidak boleh diadakan di Palestin, pasukan itu terpaksa ke Doha, Qatar untuk permainan “tempat sendiri” dan terpaksa menghadiri sesi latihan di Ismailia, Mesir yang jauhnya 100km dari rumah pemain Gaza. Tanpa kawasan latihan yang sesuai dan keadaan liga yang digantung, kejayaan-kejayaan dalam siri-siri kelayakan preliminari, mereka tetap tidak diberikan pertimbangan.

3. Syarikat : STARBUCK
Jenama : Semua Produk STARBUCKS
• Pengasas, pengerusi, dan presiden Starbucks Corporation, Howard Schultz memiliki sebanyak 31.6 juta saham Starbucks merupakan seorang penyokong Zionis yang aktif.
• Beliau juga merupakan penerima anugerah “The Israel 50th Anniversary Friend of Zion Tribute Award’ yang diberikan oleh Jerusalem Fund of Aish Hatorah. Anugerah ini diberikan kerana sumbangan Howard Schultz terhadap pergerakan Israel yang turut memainkan peranan dalam hubungan rapat antara Amerika-Israel
• Howard Schultz telah mengeluarkan satu kenyataan provokatif pada 4 April 2002 yang menyalahkan Palestin kerana insiden intifada yang berlaku disebabkan sentimen ‘Anti-semitic’ dan menyeru dunia untuk terus memberikan sokongan terhadap Israel.

4. Syarikat : HEWLETT-PACKARD/HP
Jenama : Semua Produk HP
• Pembekal kepada tentera Israel sejak 2009. HP-E mempunyai kontrak dengan polis Israel dalam pengendalian pusat data menggunakan server HP
• HP menghasilkan system ID biometric untuk mengesan dan mengawal pergerakan rakyat Palestin. ID ini dihasilkan dengan teknologi HP yang sama dengan buku pas yang dihasilkan oleh Polaroid semasa era Apartheid dan digunakan oleh kerajaan Apartheid untuk mengawal golongan kulit hitam Afrika Selatan
• Rakyat yang berhasrat untuk memasuki Israel, keluar negara, atau ingin melakukan sebarang aktiviti yang memerlukan permit, mesti memohon kad pengenalan biometrik magnetik dari pihak berkuasa tentera Israel. Setiap kad pengenalan mempunyai maklumat biometrik, peribadi dan keselamatan. Walaupun hanya segelintir sahaja rakyat Palestin yang diberikan kad pengenalan, setiap maklumat pemohon disimpan dalam sebuah pengkalan data yang diserahkan kepada pihak berkuasa Israel.
• Sistem ini membolehkan kerajaan mengawal dan menguatkuasakan pengasingan kaum dan apartheid terhadap warga Israel Palestin Israel, dan terlibat secara langsung dalam sistem penempatan kolonial Israel melalui “Yesha database”, yang mengumpul maklumat warga Israel di penempatan haram di kawasan kependudukan di Tebing Barat Palestin.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button