Antarabangsa

Thailand Cipta Semburan Hidung Cegah COVID-19

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANGKOK, 14 Mac 2022 – Thailand dijangka bakal lancarkan alat semburan hidung yang mampu mencegah COVID-19 pada akhir tahun ini.

Timbalan jurucakap Kementerian Luar Thailand, Natapanu Nopakun memaklumkan bahawa alat itu dibangunkan dengan kerjasama beberapa institusi iaitu Universiti Chulalongkorn, Universiti Silpakorn, Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan (HSRI), Pertubuhan Farmaseutikal Kerajaan (GPO) dan sebuah syarikat biosains swasta.

Alat semburan tersebut dijangka tersedia di pasaran pada suku ketiga tahun ini, ujar Natapanu.

Tambahnya, usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) alat tersebut sudah pun bermula sejak pandemik COVID-19 melanda dunia dua tahun lalu. Penyelidikan itu sudah mencapai tahap di mana prototaip antibodi telah diperoleh dan seterusnya akan dipatenkan.

Walau bagaimanapun, teknologi berkenaan kini sudah dipindahkan ke sektor swasta. Penyelidikan klinikal sudah dimulakan bagi memenuhi piawaian pendaftaran dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Thailand pada Jun ini.

Natapanu berkata perjanjian kerjasama untuk mengeluarkan semburan hidung anti COVID-19 sudah dimeterai dan ia tertakluk untuk kegunaan penyelidikan global.

Minggu lalu, timbalan jurucakap kerajaan Rachada Dhnadirek menjelaskan bahawa sejak pandemik COVID-19 bermula, pelbagai agensi, universiti serta syarikat di Thailand sudah pun mengkaji dan membangunkan lebih 20 vaksin.

Ulas beliau, empat jenis vaksin yang dibangunkan secara tempatan sedang diuji pada manusia dan akan didaftarkan dengan FDA sebaik sahaja selesai ketiga-tiga peringkat percubaan.

Leave a Reply

Back to top button