Tempatan

Ambil Perhatian!!! Kes-Kes Mahkamah Ini Bakal Ubah Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Kawan-kawanku,

Saya ingin senaraikan cabaran-cabaran strategik litigation yang sedang berlaku dan bakal merubah negara kita:

1. Cabaran kes Indira Ghandi dan lain-lain baru-baru ini. Mereka cabar pemakaian peruntukan undang-undang Islam di setiap negeri. Hebat kali ini. Dah atur setiap plaintiff bagi setiap negeri. Ini perancangan besar-besaran. This is a major fight.

Saya ada masalah dengan kes Indira Ghandi dahulu. Sila lihat tulisan sekitar 2017/18. Atas fakta, saya setuju dengan kesan spesifik keputusannya di mana pada saya bapanya telah mengambil kesempatan lacunae/kelompongan undang-undang secara tidak “jujur/betul”. Tetapi saya tidak setuju dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dan pindaan LR(M&D)A yang sebenarnya menekan mereka yang masuk Islam secara jujur. Hak mualaf tidak dilindungi. Kita meletakkan rintangan nak masuk Islam. Kalau masuk agama lain tiada masalah tetapi dalam kes ini masuk Islam diketatkan. Ini tidak betul pada saya.

Misalnya kalau satu pasangan bukan Islam sudah tidak bersama (estrange) sekian lama dan bapa sudah tidak peduli dengan isteri dan anak, kalau emak nak peluk Islam dan menjaga anaknya mengikut Islam, ini tidak dibolehkan kalau bapa tak setuju walaupun bapa tak pernah kisah pun. Inilah permasalahan undang-undang kita yang mana menghalang emak masuk Islam bersama anaknya. Masalah ini rumit sebenarnya dan sepatutnya perlu dilihat case by case. Tetapi pihak Indira Ghandi mengambil kesempatan buat strategik litigation sekali harung untuk menidakkan undang-undang syariah.

2. Kes SIS. Alhamdulillah Mahkamah Rayuan menolak hujah SIS baru-baru ini. Kalau tidak NGO-NGO yang diwakili Muslim tidak terikat langsung dengan kesalahan syariah. NGO-NGO dan syarikat kalau tidak, boleh disalahguna untuk ajaran sesat misalnya tetapi tak boleh didakwa. Masalahnya kes ini belum selesai dan akan ditentukan di Mahkamah Persekutuan.

3. Kes cabaran enakmen syariah Kelantan. Ini sedang berlangsung. Ini bakal lumpuh segala peruntukan jenayah syariah. Mahkamah Persekutuan sudah tetapkan dalam kes Iki Putra negeri tiada bidang kuasa jenayah. Kes ini terpaksa ikut kes Iki Putra.

4. BSD (basic structure doctrine). Ini paling bahaya pada saya kerana skop terlalu luas dan keputusan mahkamah tidak boleh dicabar oleh Parlimen. Sekarang ini peruntukan Perlembagaan sudah diketepikan atas alasan BSD. Dalam BSD pelbagai elemen ideologi liberal boleh selinap masuk. Alasan ini juga digunakan dalam kes Indira Ghandi untuk mencapai keputusannya. Dan jika Parlimen meluluskan undang-undang membetulkan keadaan di atas seperti mempertahankan bidang kuasa syariah, mahkamah masih boleh menolaknya.

Kita sudah perlu bergerak.

Lukman Sheriff

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: