Antarabangsa

Kami Akan Cincang 60,000 Muslimah Bertudung Dengan Pedang – Pooja Veerashetty

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KARNATAKA, 05 Mac 2022 – Jurucakap pelampau Hindu yang menyokong kerajaan, Pooja Veerashetty membuat ucapan penuh semangat dengan sorakan ribuan penyokong mahu mencincang setiap inci tubuh mana-mana Muslimah yang berani memakai tudung di India.

BACA: Tahniah David Marshel, Waktu Untuk Tanggalkan Tudung Mereka
BACA: Pelampau Hindu Rogol Muslimah Hamil Ketika Meneran Bersalin
BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak

Pemimpin Akhil Bharatiya Vidyarthi Parishad (ABVP) itu menegaskan, masyarakat Hindu India akan memberi layanan terlebih baik kepada orang lain, tetapi tidak akan bertolak ansur malah sanggup membunuh umat Islam sekiranya mereka mahu menutup aurat sesuai dengan ajaran Islam.

“Kita orang India kalau engkau minta air, kami akan bagi engkau jus.”

“Kalau engkau perlukan susu, kami akan bagi engkau dadih.”

“Tetapi di India jika engkau mahu pakai tudung, jika engkau mahu India penuh dengan orang yang bertudung, kami akan dapatkan pedang dari tangan Shivaji dan cincang setiap inci tubuh engkau.”

Pooja Veerashetty dan ribuan pengikutnya menyokong tindakan pihak berkuasa yang menghalang hak Muslimah untuk menutup aurat di institusi pengajian.

Beliau dan para penyokongnya turut mahu membantu usaha pihak kerajaan itu. Beliau meminta pihak kerajaan memberi kelonggaran hak dan sedikit masa kepada pihak mereka untuk membunuh seramai mungkin Muslimah berhijab.

Beliau juga memaklumkan kerajaan akan kemampuan mereka membunuh seramai 60,000 orang Muslimah hanya dalam tempoh satu jam sahaja.

“Negara kita, negara saffron. Kita tak akan bagi orang pakai tudung.”

“Dalam 24 jam, semua tangkapan yang engkau boleh buat, semua tangkapan itu buat kami semua gembira.”

“Tapi, tangkapan sahaja tidak cukup.”

“Jika engkau tak mampu lakukannya, beri kami 24 jam. Kerajaan cuma perlu beri kami 1 jam sahaja, tak perlu 24 jam.”

“Bukan sahaja 6 orang yang bertudung, 60,000 orang pun (suara sorakan kuat) kami akan cincang.”

Februari lalu, Mahkamah Tinggi India memerintahkan pelajar Muslimah yang ingin menghadiri kelas untuk melondehkan tudung mereka sehinggalah keputusan lengkap terhadap petisyen larangan bertudung bagi pelajar Muslimah dikeluarkan.

Video-video tular susulan perintah itu memaparkan pensyarah, pelajar malah kanak-kanak sekolah yang masih kecil dipaksa melondehkan tudung mereka oleh masyarakat Hindu jika mahu tetap meneruskan pengajaran atau pembelajaran mereka di institusi pendidikan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: