Antarabangsa

Ceroboh & Rakam Tragedi Amuk Thailand, Wartawan CNN, Warga Australia & Britain, Mohon Maaf

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

THAILAND, 12 Oktober 2022 – Wartawan agensi berita The Cable News Network (CNN) mengeluarkan permohonan maaf selepas menceroboh dan merakam tempat kejadian tragedi pembunuhan kejam 24 kanak-kanak yang berlaku di sebuah taska, timur laut Thailand baru-baru ini.

Wartawan CNN, Anna Coren dan jurukamera British, Daniel Hodge didakwa telah memasuki pusat jagaan itu dan merakam tempat kejadian jenayah tanpa kebenaran.

Mereka telah diberi kebenaran daripada pegawai Jabatan Kesihatan Thailand yang bertugas di tempat kejadian namun menyedari pegawai itu tidak diberi kuasa untuk memberikan kebenaran.

Menerusi sebuah video yang dirakam di dalam balai polis dan dimuat naik di Twitter, mereka berkata, “Saya ingin memohon maaf sedalam-dalamnya kepada rakyat Thailand, terutamanya keluarga mangsa tragedi ini.”

“Kami tahu negara kamu sedang melalui saat-saat yang menyakitkan dan kami tidak datang ke sini untuk menimbulkan lebih banyak kesedihan.”

Dalam pada itu, pihak polis Thailand menggugurkan pertuduhan terhadap mereka sebaliknya mengenakan denda kerana bekerja sebagai wartawan semasa menggunakan visa pelancong. Kedua-dua mereka disoal siasat oleh pihak polis dan secara sukarela bersetuju untuk meninggalkan Thailand.

Polis mula menyiasat kejadian berkenaan selepas Kelab Wartawan Asing Thailand mengecam wartawan CNN. Mereka berpandangan, ia merupakan tindakan tidak profesional dan melanggar etika kewartawanan secara serius.

“Menceroboh masuk selama 15 minit untuk merakam lumuran darah di tempat kejadian yang mana lebih 20 kanak-kanak disembelih tidak memanusiakan apa-apa,” tulis seorang pengguna di laman Twitter yang tidak berpuas hati dengan permohonan maaf itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: