Surau-Surau Jerit Azan Sesama Sendiri. Sangat Bising – Siti Kasim
Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini
Peguam Siti Kasim mempertikaikan kadar bunyi azan dua buah surau yang berhampiran dengannya yang disifatkannya sebagai “menjerit” “terlalu kuat” baru-baru ini di laman media sosial.
Beliau berkata, “Dua surau menjerit-jerit antara satu sama lain dengan azan, dan saya tak berhampiran pun dengan surau-surau itu. Terlalu kuat! Adakah ini memang perlu?”
BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin
BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan
BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis
Menurutnya, beliau mempunyai hak untuk menikmati hidup yang tenang dan senyap di rumahnya.
“Beberapa mangkuk akan tuduh saya sebagai anti Islam lah dan sebagainya. Mereka boleh go to hell. Ini rumah saya dan saya berhak untuk keadaan tenang dan senyap. Kita hidup di zaman milineum dengan jam digital dan sebagainya,” tegas beliau.
Pendapat beliau mendapat banyak sokongan daripada beberapa rakan media sosialnya yang rata-rata turut meluahkan kekecewaan mereka terhadap panggilan yang disyariatkan sebagai syiar agama Islam tersebut.
Sangeeta Kaur berpendapat tiada keperluan untuk menghebahkan kepada dunia bahawa kita sedang menyembah Tuhan.
“Siti Kasim, kita sembahyang! Kita tak perlu hebahkan pada dunia yang kita sembahyang. Akhirnya, itu adalah antara kita dan Tuhan.”
Kannan Kanason berharap lebih ramai orang akan tampil ke hadapan seperti Siti Kasim bagi menyelamatkan Malaysia.
“Saya berharap lebih ramai orang seperti anda untuk selamatkan Malaysia kita, menuju ke arah masa hadapan.”
Felix Liew Chee Ming pula berkata, “Saya sokong kamu Kak Siti. Jika kamu hendak sembahyang, kamu secara automatik akan bangun, dan tidak perlukan sesiapa untuk kejutkan kamu.”
Kevin Weng Yew Ko mendakwa, lebih kuat mereka jeritkan azan memberi kesan lebih positif pada kemuliaan sang muadzin tersebut.
“Aiyah, lebih kuat mereka jeritkan azan-azan mereka, mereka akan jadi lebih mulia lah!”
Sarala Poobalan pula memperlekehkan amalan syariat umat Islam itu sebagai cubaan untuk menghalau virus pandemik Covid-19.
“Berharap untuk Covid dengar dan lari menjauhkan diri. Bukankah ini yang PAS mahu semua orang buat?”