Tempatan

Syarikat Bumiputera Mengaku Salah Tuduhan Bekal Minyak Masak Berlebihan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MELAKA, 05 Februari 2022 – Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat pembekal minyak masak mengaku salah atas kesalahan membekal minyak masak berlebihan kepada peruncit di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka.

Datuk Dr. Zaini Md. Taha yang mewakili syarikat Lesong Food Industries Sdn. Bhd dijatuhkan hukuman denda RM30,000 atau 6 bulan penjara oleh Hakim Nariman Badruddin sejurus sahaja beliau mengaku salah terhadap pertuduhan.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Syarikat Lesong Food Industries Sdn Bhd didapati bersalah menjual 140 unit minyak masak 5 kilogram (kg) jenama Lesong melebihi had kuantiti yang digariskan dalam lesen runcit peruncit yang membeli.

Datuk Dr. Zaini merayu agar dikurangkan denda memandangkan pihaknya telah memberi kerjasama penuh pada penghakiman dan mengaku bersalah.

Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Syazwani Zawawi menuntut agar denda dikenakan ke atas syarikat minyak Bumiputera Muslim itu tidak kurang daripada RM100,000 atas kesalahan membekalkan minyak masak berlebihan.

Dalam kes berasingan pada bulan Januari lalu, Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan, Azanizam Affendi Juri, berkata setakat ini pihaknya menerima beberapa aduan daripada orang ramai terputus bekalan minyak.

“Kita juga sudah menyarankan peruncit supaya mendapatkan bekalan minyak daripada pembekal yang disenaraikan untuk mendapatkan bekalan berkenaan,” kata Azanizam Affendi Juri.

Ramai peruncit mengadu terputus bekalan minyak masak paket sekilogram dan minyak masak botol sejak hujung tahun lalu kerana pemborong tidak lagi memberi bekalan minyak masak seperti yang diperlukan.

“Malah ada pelanggan yang datang ke kedai memarahi saya dan memberitahu sengaja menyorok bekalan minyak masak dan hanya dijual kepada orang yang tertentu sahaja” luah pekerja kedai runcit, Khairil Fajri Afendi.

“Bagaimanapun, saya sendiri kebingungan apabila bekalan minyak masak terputus dalam tempoh yang begitu lama sehingga membebankan pengguna,” katanya lagi.

Back to top button