Tempatan

Stoking Kalimah Allah: MPBP Batal Lesen Syarikat Xin Jian Chang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BATU PAHAT, 21 MAC 2024 – Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) menyerahkan notis pembatalan lesen perniagaan serta notis menutup operasi perniagaan ke atas Syarikat Xin Jian Chang Sdn. Bhd., semalam.

Memetik kepada kenyataan MPBP, ia adalah ekoran daripada pelanggaran syarat aktiviti lesen perniagaan yang diluluskan oleh pihak MPBP iaitu stor dan pengedar kasut.

Sesi penyerahan Notis tersebut telah disaksikan oleh Yang Dipertua MPBP, Encik Ezahar bin Abu Sairin bersama Ketua Whip, Timbalan dan Ahli Majlis MPBP.

Menurut MPBP, tindakan tersebut diambil oleh pihak MPBP selaras di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil 13 (2) dan Undang-Undang Kecil 49 (2) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Perbandaran Batu Pahat) 2016.

“Syarikat Xin Jian Chang Sd. Bhd yang diwakili oleh Puan Soh Hui San, Pengarah Urusan Syarikat telah hadir menerima notis tersebut,” kata kenyataan tersebut.

Pada 13 Mac lalu, tular di media sosial berkenaan stoking yang tertera kalimah Allah yang didapati dijual di KK Super Mart, Bandar Sunway selepas gambar produk tersebut dimuat naik oleh pengguna.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: