Antarabangsa

Selepas San Francisco, New York Pula Isytihar Darurat Bencana Monkeypox

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 01 Ogos 2022 – Selepas San Francisco, Gabenor New York, Kathy Hochul terpaksa mengisytiharkan darurat bencana disebabkan oleh peningkatan kes monkeypox, menurut pengumuman rasmi Gabenor di laman web kerajaan New York.

“Setelah menyelidiki data terkini penyebaran monkeypox di negeri New York, saya mengisytiharkan Darurat Bencana Negeri bagi menguatkan lagi usaha agresif secara berterusan bagi menghadapi wabak ini.”

“Lebih daripada satu dari empat kes monkeypox di negara ini adalah di negeri New York, dan kita perlu menggunakan setiap alat yang ada dalam simpanan sebagai respon,” kata Kathy Hochul.

Seramai 150,000 penduduk New York berisiko untuk dijangkiti wabak monkeypox, oleh itu New York memerlukan vaksin secara segera, menurut kenyataan bersama Datuk Bandar New York City Eric Adams dan Pesuruhjaya Kesihatan Ashwin Vasan.

“Kami akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi di peringkat persekutuan untuk mendapatkan lebih banyak dos vaksin sebaik sahaja ia tersedia kelak.”

Kajian Universiti Queen Mary London baru-baru ini mendapati lebih kurang 98 peratus pesakit yang dijangkiti monkeypox adalah terdiri daripada golongan lelaki yang melakukan seks dengan lelaki.

“Secara keseluruhan, 98 peratus individu yang dijangkiti adalah lelaki gay atau biseksual, dengan 41 peratus daripadanya menghidap HIV dan median umur 38 tahun.”

New York adalah merupakan antara negeri yang mempunyai populasi gay yang paling tinggi di dunia selain paling tertinggi di Amerika Syarikat.

Di kawasan metropolitan New York terdapat lebih kurang 756,000 golongan LGBTQ di kalangan dewasa manakala hampir 100,000 lagi di kalangan para pelajar sekolah-sekolah awam yang dibiayai kerajaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: