Tempatan

Monkeypox : Netizen Desak Kerajaan Sekat Warga Asing Dari Negara Bergejala

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 Mei 2022 – Media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat desakan ramai netizen yang mahu pihak kerajaan menyekat para warga asing daripada negara-negara yang bergejala.

Ramai daripada mereka meluahkan kebimbangan tentang ancaman wabak terbaru dunia, penyakit cacar monyet yang dikhabarkan telah menjangkiti sebilangan pesakit di beberapa buah negara di dunia.

Salah seorang netizen, Zaimah Md Said meluahkan kerisauan beliau tentang kebanjiran golongan pendatang tanpa asing yang mencari rezeki di sini sedangkan menurutnya, membawa masuk banyak penyakit-penyakit yang tidak terdapat di sini.

“Mlaysia ni surga PATi cari makan. Kerajaan pn x dpt nk kawal sepenuh nyer kemasukkan PATi dr pelusuk dunia..depa2 ni ler yg bawak mcm2 jenis penyakit yg dh lama x ada mcm kusta,tb dsb.”

Samsiah Sahari mendesak pihak kerajaan agar bertindak lebih tegas dan segera menjaga pintu sempadan bagi mengelakkan wabak penyakit berjangkit ini masuk ke dalam negara, sebagaimana penyakit wabak Covid-19 merebak ke sini pada masa yang lalu.

“Harap kerajaan lebih tegas dan bertindak sblm terlambat,jaga pintu sempadan dan airport jgn sampai terlepas,cukup lah kita dh merana dgn convid,jgn berulang lagi cerita duka”

Unpo Opi pula berharap agar pihak kerajaan tidak menyembunyikan fakta sebenar situasi penyakit kerana tidak mahu rakyat menjadi panik, sehingga menurutnya, menyebabkan negara ini terlambat bersedia menghadapi ancaman penyakit ini.

“Kalau betul, jangan sebab tak nak rakyat panik, tutup kes sebenar. Selepas tragedi musim covid-19, baik jadi negara yang berterus-terang sedang mengalami krisis penyakit daripada jadi negara yang terlambat bersedia.”

Penyakit cacar monyet ini adalah merupakan jangkitan virus yang jarang sekali berlaku. Kali pertama kes direkodkan adalah di Republik Demokratik Congo pada tahun 1970-an.

Antara gejala cacar monyet yang dilaporkan – demam, sakit kepala dan ruam kulit yang bermula dari muka dan kemudian merebak ke seluruh badan.

Penyakit cacar monyet ini boleh berjangkit akibat aktiviti seks, dan kebanyakan kes di United Kingdom (UK) kebanyakannya melibatkan lelaki gay atau biseksual.

Leave a Reply

Back to top button