NGO

Kenyataan Datuk Zuraida Kamarudin Bersifat Angkuh Dan Biadab – Pergerakan Wiranita Putra Malaysia

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Kenyataan Media Pergerakan Wiranita Putra Malaysia

1. Wiranita Putra menzahirkan rasa amat kesal kerana Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamarudin yang bersikap angkuh dan biadab kerana menyatakan Agong mesti bertanya kepada Kerajaan untuk melakukan apa-apa tindakan. Jelas kenyataan beliau tidak menghormati KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan beliau tidak ada akal budi dan akhlak sebagai wanita Melayu yang sepatutnya beradab. .

2. Amat jelas Datuk Zuraida tidak menghiraukan kenyataan dari media yang dikeluarkan oleh Istana Negara bahawa YDPA telah menzahirkan rasa amat dukacita Baginda di atas pembatalan Ordinan Darurat pada 21hb.Julai 2021 yang tidak mendapat pekenan terlebih dahulu dari YDPA.

3. Adakah Datuk Zuraida lupa atau sengaja mengundang ketegangan dengan pihak Istana ? YDPA telah memanggil AG dan Menteri Undang-Undang dan telah memberi nasihat supaya Ordinan Darurat dibahaskan di Dewan Rakyat. Akan tetapi nasihat YDPA telah diputarbelitkan.

4. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Tetapi berlainan pula dengan tindakan Datuk Zuraida yang berani dan lantang mempertikaikan kenyataan KDYMM Tuanku Agong.

5. Datuk Zuraida telah memperlekehkan kebijaksanaan YDPA di dalam titah berkenan pembatalan Ordinan Darurat yang perlu dibahaskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi memenuhi Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

6. Hanya ada 2 sahaja kaedah sahaja yang boleh membatalkan Ordinan Darurat:

(a) Perkenan Yang di-Pertuan Agong.

(b) Dibahas di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

7. Di sini jelas bahawa tindakan kerajaan PN yang telah membatalkan Ordinan Darurat sebelum ini adalah salah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

8. Kenyatan Datuk Zuraida dalam wawancara bahasa Inggeris di ‘Consider This’ di Astro telah menggambarkan seolah beliau tidak tahu Perlembagaan dan peruntukan yang ada.

9. Menurut kenyataan Datuk Zuraida, YDPA perlu mendapatkan penjelasan daripada Kabinet terlebih dahulu sebelum mengeluarkan titah adalah perbuatan yang kurang ajar dan tidak berpijak di bumi nyata.

10. Kenyataan beliau telah mencerminkan beliau tidak langsung menghormati kedudukan YDPA di dalam Perlembagaan dan yang penting sebagai Ketua Negara amnya.

11. Sehubungan dengan itu, Wiranita Putra menggesa agar suatu siasatan dibuat dan tindakan diambil di atas kenyataan Datuk Zuraida yang melampui batas.

12. Wiranita Putra juga menggesa supaya Datuk Zuraida membuat permohonan maaf terhadap YDPA.

Terima kasih.

Ros Hanita Bt.Mohd Basir
(Ketua Sayap Pergerakan Wiranita Putra Malaysia)

*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my*

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button