Antarabangsa

Lelaki Gay Berebut Nak Vaksin Monkeypox

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SACRAMENTO, 25 Julai 2022 – Komuniti lelaki gay daerah Sacramento, California berpusu-pusu beratur untuk mendapatkan suntikan vaksinasi Monkeypox bagi mengelak jangkitan penyakit itu yang semakin meningkat di daerah tersebut.

Lapor The Sacramento Bee, pihak Kesihatan Awam Daerah Sacramento membuat pengumuman saat akhir mengenai acara pemberian vaksin dan orang ramai mengetahui maklumat acara berkenaan menerusi laman media sosial.

Menurut mereka, lebih 50 individu sanggup menunggu selama lebih satu jam bagi mendapatkan suntikan vaksinasi di luar klinik ‘pop-up’ pusat komuniti LGBT Sacramento.

Sebanyak 173 suntikan telah diberikan daripada 240 dos vaksin Monkeypox yang tersedia di klinik itu. Pihak mereka memberi suntikan berkenaan berdasarkan ‘first come first serve basis’ (siapa cepat dia dapat).

Calab Knowles, seorang lelaki gay di antara lebih 50 individu yang beratur di klinik itu turut meminta izin majikannya untuk mendapatkan suntikan tersebut pada waktu bekerja. Katanya, Monkeypox adalah sesuatu yang menjejaskan komunitinya, dan ia semakin meningkat di Sacramento.

Daerah itu telah mencatatkan sekurang-kurangnya 24 kes Monkeypox yang berisiko tinggi menjangkiti golongan transgender dan lelaki gay. Pihak kesihatan awam daerah Sacramento juga berlumba-lumba hendak membuka klinik vaksinasi bagi melindungi komuniti tersebut daripada gejala seperti selesema, demam dan ruam.

Sebelum ini, suntikan vaksinasi hanya diberikan kepada individu kontak rapat dengan seseorang yang dijangkiti Monkeypox namun jabatan kesihatan telah memperluaskan kelayakan suntikan kepada golongan transgender dan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: