Antarabangsa

98 Peratus Individu Yang Dijangkiti Monkeypox Adalah Lelaki Gay

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 23 Julai 2022 – “Secara keseluruhan, 98 peratus individu yang dijangkiti adalah lelaki gay atau biseksual, dengan 41 peratus daripadanya menghidap HIV dan median umur 38 tahun.”

Laporan itu adalah hasil daripada kajian yang dibuat oleh saintis di Universiti Queen Mary London.

Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine mendedahkan daripada 528 jangkitan yang dikaji, jangkitan yang berkaitan dengan aktiviti seksual adalah yang paling mudah menjangkiti terutamanya dalam kalangan lelaki yang melakukan seks dengan lelaki.

Menurut pengarang utama laporan itu, John Thornhill, angka median pasangan seks gay dalam tempoh tiga bulan sebelum ini ialah lima orang, dan kira-kira satu pertiga diketahui mengunjungi lokasi seks seperti parti seks atau sauna dalam tempoh sebulan lalu.

“Kaji selidik ini meningkatkan pengetahuan kami tentang cara ia merebak dan kumpulan mana ia menular. Maklumat ini akan membantu kami dalam mengenal pasti kes baharu dan membolehkan strategi pencegahan dirangka.”

“Sebagai contoh, 95 peratus kes cacar monyet berjangkit menerusi aktiviti seksual.”

“Namun penting untuk ditekankan di sini, cacar monyet bukan jangkitan secara seksual sahaja tetapi juga boleh berlaku menerusi apa jua jenis kontak fizikal rapat.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: