Tempatan

Iktiraf LGBT, WHO Kiblat Dunia Perubatan Terpesong

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 09 Januari 2023 – “WHO, Kiblat Dunia Perubatan yang Terpesong,” ujar seorang pengguna Facebook, Encik Anas Ghazali selepas World Health Organization (WHO) secara terang-terangan mengiktiraf aktiviti golongan elgibiti (LGBT) melalui satu hantaran di laman rasmi mereka.

Dengan menggunakan tanda pagar #EndViolence, WHO menyatakan bahawa puak LGBT ini memiliki hak samarata untuk hidup di atas muka bumi ini tanpa diancam oleh kekerasan dan diskriminasi.

Dalam laman laman sesawang WHO, mereka memaklumkan bahawa penumpuan tenaga mereka adalah ke arah memberikan kehidupan yang lebih baik berpandukan sains, dengan mengetuai dan menjuarai usaha global untuk memberikan kepada semua hak kesamarataan untuk menjalani hidup yang sihat.

“Malangnya, sains yang mereka imani itu jauh terpesong daripada agama. Mereka sama sekali mengasingkan sains itu daripada agama, sedangkan Allah yang menciptakan alam ini dan lebih mengetahui apakah yang terbaik buat manusia keseluruhannya. Tetapi itu tidak menghairankan kerana mereka sendiri tidak beriman, maka apa sahaja tindakan yang mereka lakukan hanyalah berdasarkan hawa nafsu mereka sendiri.”

BACA JUGA: ‘Tak Cover’ Langsung Bertudung, Minum Arak Di Kelab Malam

BACA JUGA: Malaysia Terima Bala Lebih Teruk Jika Terima LGBT – Haji Rashidi Haris

BACA JUGA: Negara Akan Dilanda Kerosakan Moral & Krisis Kesihatan Jika Tidak Banteras Budaya LGBT

Menurut Encik Anas, WHO telah lebih awal mengiktiraf puak LGBT ini melalui perancangan 5 tahun mereka (Thirteenth General Programme of Work 2019 – 2023) dengan terang-terangan menyatakan bahawa Identiti Gender merujuk kepada perasaan dalaman seseorang yang mana boleh jadi sama atau tidak dengan jantina semasa mereka lahir. Oleh sebab itu WHO mengiktiraf golongan ini dan sebarang diskriminasi kepada golongan ini akan membawa kepada permasalahan dalam memberikan rawatan.

Tidak kurang juga dengan data di Malaysia mengenai golongan gay dan MSM yang dijangkiti HIV dikatakan semakin meningkat dan merupakan penyumbang utama kepada kes HIV di negara ini. Persoalannya, adakah pendekatan yang sama kita perlu ambil bagi menangani kerisauan ini? Adakah kita sanggup menelan kepahitan ini dan membiarkan negara satu hari nanti mengikut jejak langkah WHO?

“Kita perlu sedar, perubatan yang dibawa oleh barat akhirnya akan membawa kepada kehancuran kerana ianya sama sekali sudah lari jauh dari landasan yang digariskan oleh Islam. Kita memerlukan satu peradaban baharu dalam bidang perubatan, yang akhirnya dapat memandu manusia di seluruh dunia ke arah kehidupan bahagia dan sejahtera yang sebenar.”

“Ia semestinya perlu berpandukan satu garis panduan yang ketat, yang meletakkan ajaran Islam sebagai sumber tertingginya. Islam dan sains sama sekali tidak bercanggah, kerana sains itu datang daripada Allah jua,” tegas beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: