Antarabangsa

COVID-19: Laksanakan Semula Sekatan Kesihatan – WHO

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 17 Julai 2022 – Susulan dari peningkatan kes COVID-19 yang meningkat secara mendadak pada ketika ini, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menyeru pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia agar melaksanakan semula sekatan kesihatan seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan pengudaraan yang baik dalam usaha menyampaikan pesanan risiko COVID-19 kepada orang awam.

“Pemantauan telah berkurangan dengan ketara termasuk ujian saringan. Ini menjadikannya semakin sukar untuk menilai kesan varian pada jangkitan, ciri penyakit dan keberkesanan langkah pencegahan.”

“Virus ini bebas menular dan terdapat negara yang tidak menguruskan secara berkesan seperti kemasukan ke hospital bagi jangkitan kes dan peningkatan jumlah pesakit dengan simptom ‘Long COVID-19’,” tambah beliau dalam satu kenyataan yang dilaporkan berita RTM.

Perintah pelitup muka dan penjarakan fizikal telah dimansuhkan di banyak negara awal tahun ini meskipun segelintir negara masih menguatkuasakan peraturan itu di tempat awam seperti Korea Selatan dan China.

Menurut penulisan yang diterbitkan Kosmo!, pada minggu antara 4 hingga 10 Julai lalu, lebih 5.7 juta kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh dunia dan menunjukkan peningkatan sebanyak enam peratus berbanding minggu sebelumnya.

Walau bagaimanapun, angka kematian kekal mendatar sepanjang musim panas tahun ini dengan hanya 9,800 kematian dan sekali gus merumuskan bahawa jumlah mangsa yang terkorban adalah lima kali lebih rendah berbanding tempoh sama tahun lepas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: