Tempatan

YADIM Sedia Bantu Selamatkan LGBT

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersedia membantu kerajaan menangani isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) di negara ini.

Yang Dipertua YADIM, Nasrudin Bin Hassan berkata, “YADIM tidak sekadar menyokong hasrat murni kerajaan tersebut, tetapi bersedia untuk menjadi satu agensi yang berperanan bagi membantu usaha dakwah ke arah menyelamatkan mereka yang terjebak dalam kancah Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual serta meluruskan pemikiran masyarakat agar tidak terpengaruh dengan agenda normalisasi aktiviti mungkar tersebut.”

Ujarnya, fenomena LGBT yang kian membarah ini turut mencemar budaya, meruntuh institusi kekeluargaan dan merosakkan nilai keperibadian individu, khasnya bagi mereka yang beragama Islam.

Bagi Nasrudin, dakwah tidak sekadar menyeru atau mengajak ke arah mentaati perintah Allah swt. serta mematuhi syariat Nabi Muhammad saw secara lisan semata-mata tetapi juga menerusi pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang.

“Pelaksanaan undang-undang yang menepati syariat serta pembentukan Jawatankuasa Bertindak (Task Force) bagi mendidik dan membimbing masyarakat agar menjalani kehidupan patuh syariat serta mencegah aktiviti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual di kalangan umat Islam sebagaimana yang dipertegaskan oleh YB Ustaz Marzuk Shaary (Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri) juga adalah satu usaha dakwah besar negara.”

Justeru, YADIM menyeru kepada semua untuk menyokong dan mendukung usaha kerajaan untuk meminda undang-undang syariah dan menubuhkan badan bertindak bagi menangani isu LGBT di Malaysia.

“Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melihat usaha kerajaan untuk meminda undang-undang syariah dan menubuhkan Task Force bagi menangani isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual dalam negara ini sebagai satu usaha dakwah yang sangat wajar disokong dan didukung oleh seluruh rakyat Malaysia.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: