Tempatan

Penerbitan Lucah, LGBT Diharamkan KDN

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 November 2022 – Tiga penerbitan dikenakan perintah larangan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana dipercayai mempunyai kandungan yang mungkin memudaratkan moral.

Tiga penerbitan tersebut adalah ‘Chelsia Amanda (Berdasarkan Kisah Benar)’, ‘Heartstopper Volume 2’ dan ‘Cekik’.

“Kandungan penerbitan bertajuk ‘Chelsia Amanda (Berdasarkan Kisah Benar)’ memuatkan kandungan berunsur lucah dan tidak bermoral yang bertentangan nilai budaya dan norma hidup masyarakat Malaysia yang menitikberatkan kesopanan.”

“Manakala, kandungan penerbitan bertajuk ‘Heartstopper Volume’ dan ‘Cekik’ pula cuba mempromosi budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta berunsur lucah yang melanggar sensitiviti agama dan budaya di negara ini.”

Menurut KDN, amalan hidup songsang jelas dilarang dan bertentangan dengan semua ajaran agama serta norma hidup masyarakat

Oleh itu, pihaknya berpendapat perintah larangan itu wajar dikeluarkan.

Perintah larangan itu mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan, dilarang secara mutlak di Malaysia.

Tegas KDN, “Mana-mana individu yang membuat kesalahan berkenaan boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya seperti ditetapkan mengikut Seksyen 8(2) akta sama.”

Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan berkaitan boleh menghubungi Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN di talian 03-88868047, faks 03-88891682 atau Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN di laman sesawang http://moha.spab.gov.my.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: