NGO

Tindakan The 1975 Biadab & Hina Islam – Perkasa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Kenyataan media

PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA
4 Muharram 1445H / 22 Julai 2023

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) merujuk kepada satu konsert yang di buat oleh kumpulan The 1975 di Litar Sepang malam tadi.

Perkasa merasakan kepada mereka yang tidak menghormati undang-undang di negara ini supaya tidak perlu datang untuk membuat pertunjukan hiburan mahupun apa-apa acara. Perkasa merasakan tindakan vokalis The 1975 yang memegang botol arak serta menghina undang-undang LGBT yang di amalkan di Malaysia tidak perlu datang ke negara ini. Kami amat yakin agama kamu pun melarang hubungan sejenis. Binatang pun tidak berbuat bergitu kenal mana jantan dan mana betina. (Melawan hukum alam)

Perkasa juga merasakan tindakan kumpulan The 1975 ini sangat biadap dan tidak boleh terima kerana secara jelas telah menghina undang-undang dan Islam sebagai agama Persekutuan negara ini. Malaysia undang-undang negara ini menolak amalan songsang LGBTQ. Ajaran Human Right adalah suatu agama baru yang wujud pada kebelakangan ini.

Konsert The 1975 ini juga merupakan satu ancaman dan juga ideologi kepada generasi muda sebenarnya kerana vokalis tersebut secara terbuka mempromosikan arak dalam persembahannya dan ini akan merosakkan lagi akidah dan akhlak anak muda jika tiada sekatan, tindakan untuk menghalang apa jua anasir negatif yang cuba di bawa masuk untuk di semai ke negara ini.

Perkasa mendesak Kementerian Komunikasi dan Multimedia agar menghentikan juga setiap konsert yang penyanyinya datang dari luar negara kerana khuatir mereka akan membawa anasir yang negatif untuk generasi muda di malaysia ini.

Penganjur konsert ini harus memberikan penjelasan yang lengkap atas alasan apa kumpulan The 1975 ini di beri kebenaran untuk membuat konsert di malaysia? Kita perlu usir orang-orang sebegini yang tidak menghormati undang-undang dan adab di negara ini.

Konsert artis antarabangsa mereka ini perlu tahu dan perlu diberitahu bahawasanya negara ini mempunyai undang-undang yang sudah pasti tidak sama dengan negara mereka yang kebanyakan artis-artis ini berasal daripada negara-negara yang mengiktiraf LGBTQ.

Perkasa mendesak kerajaan supaya mengkaji keperluan dan juga yang lebih penting adalah kesan terhadap masyarakat adakah konsert yang mendatang seperti Coldplay, Muse dan yang lain-lain. Jika benar kerajaan ingin memperhebatkan industri seni banyak lagi artis-artis tempatan.

Membawa artis luar ini juga merugikan dan menguntungkan sesetengah pihak dan inilah yang dikhuatiri selama ini telah berlaku.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia
4 Muharram 1445H, 22 Julai 2023

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: