Tempatan

Jabatan Perikanan Buka Peluang Pekerjaan Buat Banduan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 29 Ogos 2024 – Jabatan Perikanan mempelawa pemain industri perikanan untuk mengambil banduan yang menjalani Sistem Parol, termasuk yang menerima Pembebasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) bekerja sebagai kru vesel (bot atau kapal) laut dalam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Adnan Hussain berkata, pihaknya mengadakan perjanjian dengan Jabatan Penjara Malaysia berkaitan tenaga kerja banduan dalam sektor perikanan.

Beliau berkata, usaha menjadikan golongan banduan sebagai kru vesel laut dalam dilakukan bagi menampung kekurangan kru tempatan.

Berdasarkan rekod jabatan tahun lalu, beliau berkata, lebih 25,000 kru vesel laut dalam seluruh negara terdiri daripada warga asing dari Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Katanya, seramai 18,000 orang daripadanya di Semenanjung dan bekerja dengan beberapa syarikat.

“Sudah lama sektor perikanan laut dalam negara kekurangan kru tempatan, kekurangan itu terpaksa diisi oleh kru warga asing yang hadir hampir setiap tahun ke negara ini.

“Vesel laut dalam Zon C, C2 dan C3 dalam satu masa memerlukan antara 15 hingga 30 kru atau awak-awak, kekurangan kru akan menimbulkan banyak masalah pada tekong dan pemilik vesel,” katanya.

Beliau berkata, ketika ini terdapat kira-kira 778 vesel laut dalam termasuk bot peranti pengumpul ikan di seluruh negara, dan hanya 450 sahaja yang aktif menjalankan aktiviti menangkap ikan di 100 hingga 200 batu nautika dari pantai.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: