Antarabangsa

Angkat Berat Wanita Olimpik Tokyo: Satu Jenaka Teruk Benarkan Transgender Bertanding – Anna Vanbellinghen

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

BRUSSELS, 01 Jun 2021 – Tidak adil dan satu jenaka yang teruk.

Ini antara yang disifatkan oleh atlet angkat berat Belgium, Anna Vanbellinghen selepas jawatankuasa temasya Olimpik Tokyo membenarkan seorang transgender bertanding dalam acara angkat berat wanita.

Laurel Hubbard, atlet transgender dari New Zealand bakal menjadi transgender pertama bertanding dalam di temasya Olimpik Tokyo akan datang.

“Sesiapa pun yang berlatih ke tahap tertinggi hadam benar dengan perkara ini bahawa: situasi ini (membenarkan transgender bertanding dalam acara sukan wanita) adalah tidak adil kepada sukan dan juga atlet-atletnya,” tegas Anna.

Tambah Anna lagi, “(Keadaan ini menyebabkan) beberapa orang atlet terlepas peluang untuk mengubah kehidupan – pingat dan kelayakan Olimpik – dan betapa kami tidak mempunyai kuasa.”

Menurut Pengerusi Bersama
Gabungan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Professor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, secara biologinya, pengambilan hormon wanita oleh transwoman tidak berkesan ke atas otot kekar dan jisim tulang mereka, yang kekal terbentuk mengikut genetik lelaki XY.

Transwoman Rachel McKinnon memecahkan rekod masa acara pecut basikal wanita dan dikritik hebat oleh atlet wanita. Seorang remaja wanita, Selina Soule gagal melayakkan diri dalam acara balapan wanita di New England setelah 2 transwoman memintas beliau.”

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button