Antarabangsa

Pihak Berkuasa Perancis Mahu Tutup Telegram – Ketua Hak Asasi Manusia Rusia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SABTU, 31 OGOS 2024 – Pihak berkuasa Perancis telah bertindak menangkap pengasas Telegram, Pavel Durov kerana mereka mahu menutup platform terbabit sebagaimana yang dinyatakan oleh pegawai tertinggi hak asasi manusia Rusia, Tatyana Moskalkova.

Menerusi sebuah kenyataan yang dimuatkan pada media Telegram pada Ahad lalu, Moskalkova telah menyatakan bahawa, “Sebab sebenar di sebalik penangkapan Pavel Durov adalah percubaan untuk menutup Telegram, platform di mana kamu boleh mendapatkan kebenaran tentang perihal dunia”.

Kata beliau lagi, penangkapan Durov itu telah menaikkan kemarahan “semua orang yang menyokong kebebasan bersuara serta kewujudan dunia multipolar”.

Manakala menerusi hantaran yang berbeza, Moskalkova turut mengutuk penangkapan Durov itu sebagai “sebuah lagi pelanggaran kebebasan bersuara”.

Ujarnya lagi, “Ianya adalah sebuah lagi contoh yang jelas berkenaan pilih kasih apabila ianya berkenaan dengan menghormati hak asasi manusia yang fundamental oleh negara-negara yang memuji demokrasi, namun, realitinya, mahu menghancurkannya”.

“Bukannya mahu melawan jenayah, diskriminasi dan pelanggaran hak asasi manusia, tapi mereka mahu kawalan penuh terhadap penzahiran pendapat”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: