Tempatan

Pertimbang Bak Kut Teh: Kenapa Perlu Promosi Babi Sebagai Makanan Tradisi? – PERKASA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Merujuk kenyataan media dari Menteri Pelancongan: https://m.malaysiakini.com/news/668523 berhubung promosi makanan bak kut teh sebagai makanan tradisi.

PERKASA ingin mengingatkan YB Dato’ Seri TIONG KING SING agar tidak mengelirukan umat Islam dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Kementerian Pelancongan Keseniaan Dan Kebudayaan ini. Kerana dari kenyataan YB Tiong ini, “contohnya mi hokkien yang mengandungi minyak babi boleh ditukar kepada minyak lemak ayam supaya lebih ramai dapat menikmatinya” dan “kementeriannya akan meneliti untuk menghasilkan bak kut teh versi halal” merupakan satu kenyataan yang boleh mengelirukan umat Islam dan jika ditukar resepinya di mana datangnya tradisional?

Ini adalah penghinaan yang jelas dari seorang Menteri yang secara terang-terangan tidak menghormati sensitiviti masyarakat majmuk yang berada di Malaysia kini dengan desakan agar bak kut teh dapat diterima sebagai makanan tradisi.

Untuk makluman YB Menteri, banyak lagi makanan yang boleh dipromosikan sebagai makanan tradisi selain dari bak kut teh.

Kenapa perlu mempromosikan babi sebagai makanan tradisi? Adakah selepas ini segala aktiviti atau majlis rasmi Kerajaan perlu untuk kita sajikan bak kut teh ini? Bercakap biar bagi logik jangan tunjukkan kebodohan seorang Menteri di khalayak ramai.

PERKASA juga ingin ingatkan bahawa kamu sebagai Menteri bukan untuk Sarawak dan Sabah saja. Tapi kamu adalah sebagai Menteri Kerajaan mewakili negara Malaysia. Jadi kamu juga perlu hormat pada orang-orang Semenanjung.

Sepatutnya sebagai seorang Menteri banyak lagi benda lain yang boleh kamu promosikan. Janganlah mencari populariti dengan cadangan yang tak masuk akal ini. Dan PERKASA ingin mengingatkan ini bukan isu politik tapi ini isu halal haram sesuatu makanan dan sudah menjadi kewajipan kami umat Islam, mencari yang halal itu satu kewajipan dan makanan ini mengelirukan.

Kebelakangan ini Kerajaan seperti tidak dapat mengawal kenyataan-kenyataan daripada menteri-menteri yang dilantik dan tidak sensitif terhadap umat Islam. Perbuatan Menteri ini menghina dan mengelirukan umat Islam. Kita tidak menghalang jika kamu mahu makan apa pun tetapi jangan mengajak atau memperngaruhi umat Islam.

Kami membantah sekeras-kerasnya.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia (PERKASA)

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: