Tempatan

Human Rights Watch Mahu JAKIM Hentikan Program Mukhayyam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 Ogos 2022 – “Kerajaan Malaysia harus segera menghentikan penajaan, pembiayaan dan sebaliknya menyokong amalan penukaran dan hendaklah, berunding dengan kumpulan komuniti LGBT, mendidik pegawai awam, termasuk polis, hakim dan kakitangan Kerajaan, tentang jantina, kepelbagaian dan hak asasi manusia,” kata Pemerhati Hak Asasi Manusia (Human Rights Watch) menurut sebuah portal tempatan berbahasa Inggeris.

Dakwa HRW, pihak berkuasa Malaysia juga harus menghentikan terapi “penukaran” yang melibatkan komuniti lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) termasuk kem mukhayyam yang disifatkan sebagai membawa kepada kemudaratan seperti buli dan bunuh diri berdasarkan laporan yang diterima mereka.

“Golongan LGBT Malaysia melaporkan bahawa tekanan untuk mereka berubah menyumbang kepada kemudaratan termasuk buli dan idea untuk membunuh diri. Jalan yang dibenarkan secara rasmi mengenai keperluan untuk ‘berubah’ atau kembali ke ‘jalan yang betul’ menyumbang kepada diskriminasi, akses terhad kepada keadilan, keganasan ‘vigilante’ dan pemenjaraan.”

Malah, organisasi hak asasi Barat itu juga menggesa Kerajaan Malaysia untuk memansuhkan undang-undang yang dilabel mendiskriminasi berdasarkan orientasi seksual dan identiti jantina.

HRW selanjutnya memberikan contoh di mana permohonan untuk menukar jantina dalam dokumen oleh golongan LGBT di negara ini tidak semuanya diterima.

“Dalam kajian SUHAKAM terhadap 100 wanita trans di Kuala Lumpur dan Selangor, 86 berkata mereka ingin menukar jantina pada dokumen mereka, tetapi daripada 20 orang, hanya empat yang berjaya melakukannya.”

“Tiada undang-undang di Malaysia secara jelas melarang pengiktirafan jantina untuk transgender, tetapi hampir semua transgender yang diketahui telah menghubungi Jabatan Pendaftaran Negara untuk meminta perubahan sedemikian telah ditolak,” kata HRW.

Bukan itu sahaja, tambah portal itu, HRW juga meminta Parlimen menolak cadangan undang-undang meningkatkan hukuman jenayah Syariah yang dibenarkan di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, juga dikenali sebagai Akta 355.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: