Antarabangsa

Israel Didakwa Guna Bom Terlarang Di Gaza – HRW

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BEIRUT, 14 Oktober 2023 – Human Rights Watch mendakwa rejim haram aparteid Israel telah menggunakan bom terlarang iaitu bom fosforus putih dalam operasi ketenteraan di Gaza dan Lubnan.

Memetik kenyataan Human Rights Watch, penggunaan bom terlarang itu sekali gus meletakkan orang awam dalam keadaan berisiko untuk mengalami kecederaan yang serius dan jangka panjang.

Kata Pengarah Human Rights Watch di Timur Tengah dan Afrika Utara, Lama Fakih, “Setiap kali fosforus putih digunakan di kawasan awam yang sesak, ia membawa risiko luka bakar yang tinggi dan penderitaan seumur hidup.”

Katanya lagi, “Fosforus putih adalah senjata yang melanggar undang-undang apabila meletup di kawasan bandar yang ramai penduduk, di mana ia boleh membakar rumah-rumah dan menyebabkan kerosakan serius pada penduduk sivil.”

Berikutan itu, beliau mendesak agar rejim haram aparteid Israel berhenti dari menggunakan fosforus putih di kawasan berpenduduk bagi mengelakkan bahaya kepada orang awam.

“Pihak yang terlibat dalam konflik sepatutnya melakukan segala yang mereka boleh untuk menyelamatkan orang awam daripada terus menderita,” tegas beliau.

Human Rights Watch dalam kenyataan yang sama berkata rejim haram aparteid Israel sepatutnya mengharamkan semua penggunaan amunisi fosfors putih “airburst” di kawasan berpenduduk tanpa pengecualian.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: