Antarabangsa

Erdogan Label Pihak Lawan Sebagai Pengamal & Pendokong LGBT

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TURKIYE, 05 Mei 2023 – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan telah menyatakan bahawa lawan politiknya, Kemal Kilicdaroglu sebagai “LGBT”. Kerajaan pimpinan Erdogan menganggap ideologi LGBT sebagai sebuah “agama” Amerika dan Eropah yang mana ianya dianggap asing dengan moral warga Turkiye.

“Kami tahu bahawa En. Kemal adalah seorang LGBT”. Ujar Erdogan dalam ucapannya sewaktu berlangsungnya sebuah perhimpunan di bandar Giresun Khamis lalu.

BACA JUGA: Makan Kulit Babi Dengan Bismillah, Influencer Didakwa Hina Islam

BACA JUGA: Kenyataan Media Sokongan Terhadap TGHH Sebagai PM, Palsu – Bekas Menteri Undang-Undang

BACA JUGA: Fenomena Garis Badai Bakal Melanda Sabah Sarawak Hingga Ahad Ini

Menurutnya, parti-parti seperti CHP, IYI dan HDP juga adalah parti yang berorientasikan LGBT. Erdogan juga menyatakan bahawa sebagai gabungan People’s Alliance, Erdogan, sekutu serta penyokong mereka sangat anti terhadap golongan sedemikian. Menurutnya lagi,

“Keluarga adalah suci bagi kami. Sebuah keluarga yang kuat bermaksud sebuah negara yang kuat. Apa sahaja yang mereka lakukan, Tuhan sudah mencukupi untuk kami”.

Dikatakan bahawa Kilicdaroglu bukanlah seorang yang menyokong hak-hak LGBT secara terbuka, namun beliau telah membuat janji untuk mengembalikan semula Istanbul Convention jika berjaya di dalam pilihanraya.

Istanbul Convention yang telah ditandatangani oleh 45 negara termasuk Kesatuan Eropah itu bertujuan untuk memperkasakan tindakan undang-undang terhadap keganasan terhadap wanita.

Namun Turkiye telah mengundur diri pada tahun 2021 dengan menyatakan bahawa perjanjian persidangan tersebut telah “digunakan untuk menormalisasikan homoseksualiti”, berikutan perjanjian tersebut telah menyenaraikan pondan sebagai wanita.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: