Tempatan

NGO LGBT Cuba Gambarkan Kumpulan Mereka Terancam Di Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 Julai 2023 – Sebuah NGO kesaksamaan jantina, Saksi, mendakwa bahawa golongan LGBT di Malaysia berada dalam keadaan terancam.

“Kepanikan tentang orang transgender di tandas awam akhirnya melandai negara kita. Inilah mengapa ia tidak boleh dianggap sebagai apa-apa selain transfobia,” ciap Saksi di laman Twitter.

BACA JUGA: Sweden Pertimbang Haramkan Pembakaran Al-Quran

BACA JUGA: Rentetan Kes Cekik Adik Sendiri, Pihak Sekolah Digesa Tidak Sembunyikan Kes Buli

BACA JUGA: PRN: 661, 905 Pengundi Muda Lingkungan 18-20 Tahun

Kata NGO itu, beberapa ciapan dari rakyat Malaysia berkaitan isu transgender dalam masa 24 jam selepas satu ciapan berkenaan wanita trans di tandas awam KLCC menjadi viral cukup untuk menggambarkan ancaman kepada komuniti itu.

tweet-saksi.jpeg?resize=300%2C300&is-pending-load=1#038;ssl=1

Kata Saksi, orang transgender bukanlah satu ancaman, tetapi ancamannya adalah transfobia.

“Transfobia bukan budaya kita dan kita mesti berdiri dalam solidariti dengan kommuniti transgender.”

“Pihak transgender mempunyai hak untuk berada di ruang awam tanpa ancaman atau gangguan,” kata Saksi lagi.

Tular di Twitter baru-baru ini ciapan seorang wanita yang menceritakan kembali pengalamannya bersama rakannya berdepan dengan golongan transgender di tandas awam KLCC.

Permintaan wanita itu agar golongan transgender yang berada dalam tandas wanita KLCC itu untuk keluar agar rakannya boleh membetulkan tudung, berakhir dengan makian dan keengganan golongan itu untuk keluar dari tandas.

“She has right to take off her hijab in women’s bathroom, while her aurah still protected. You can do whatever you want with your body, whatever gender you wanna be, go ahead. You want rights, you got it. But why you gotta bother women’s safe space?”

“Why you gotta take away women’s rights? Know your limits, especially when you’re Muslims. I’m sure supporting or being a part of LGBTQ community doesn’t change your religion so why act like you think it’s fine to look at women’s aurah once you became trans women? Please la,” kata wanita itu lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: