Tempatan

Kes Penolakan Gereja Gay Oleh Gereja-Gereja Malaysia – Haniff Khatri

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Jun 2022 – Pernah ada kes, tetapi saya kurang ingat mungkin 5 tahun, 10 tahun atau 12 tahun yang lalu, iaitu sekitar 2012 kalau tak silap saya, satu kes khusus di mana ada seorang rakyat Malaysia keturunan Cina yang mengatakan dia pengamal agama Kristian Katolik yang telah tinggal dalam tempoh yang lama di Amerika Syarikat ataupun di UK, saya tidak ingat secara khusus boleh semak laporan di akhbar The Star, kemudian surat khabar The Star melaporkan yang mengatakan yang dia ingin kembali ke Malaysia ataupun dia telah kembali ke Malaysia dan pada masa itu dia umumkan hasratnya untuk adakan Gereja Gay.

Dan pada masa itu, pastor-pastor ataupun ketua-ketua gereja di Malaysia telah keluarkan satu kenyataan yang mengatakan amat malangnya mereka yang mengamalkan Kristian tidak mempunyai Majlis Agama Kristian seperti Majlis Agama Islam.

Apabila ditanya, mengapa pihak pastor mengeluarkan kenyataan begitu, dia mengatakan kalau ada Majlis Agama Kristian ataupun agama lain maka mereka mungkin berhak untuk memohon kerajaan mengharamkan cadangan pengadaan Gereja Gay ini.

Sebab dia (pastor), mengatakan dalam Bible mereka seperti yang mereka amalkan sekarang ini pun bukan yang Injil yang kita cakap. Pastor itu menyatakan bahawa di dalam Bible mereka pun tidak membenarkan aktiviti homoseksualiti. Bahkan, Sodomi dan Gamorah terdapat di dalam Bible pun tidak ada dibenarkan di dalam agama Kristian. Tidak mungkin boleh dibenarkan dalam agama Kristian kewujudan Gereja Gay.

Ini bukan apa yang saya katakan, tetapi ia adalah apa yang pastor gereja itu yang nyatakan dan dia sendiri merayu agar boleh diadakan Majlis Agama Kristian supaya pihak yang mengamalkan agama Kristian yang betul boleh membantu untuk menghindari kebebasan amalan LGBT yang bertentangan dengan agama Kristian sekalipun.

Jadi pokoknya, kalau itu betul, maka, bukankah perkara ini juga akan ditentang oleh pengamal ataupun amalan Hindu yang betul, amalan Buddha yang betul ataupun mana-mana agama lain pun yang tak menyokong pencemaran normalisasi institusi keluarga dan institusi adab hubungan tabi’i.

Soal Haniff lagi, adakah selama ini kita dengar cuma serpihan golongan tertentu yang ingin amalkan LGBT kononnya atas hak individu mereka tanpa mengambil kira hak majoriti rakyat.

Ini bukannya soal Islam. Ia adalah soal mana-mana penganut agama sekalipun tidak pernah membenarkan amalan LGBT dalam agama mereka.

“Jadi yang mana penting, hak individu atau hak kolektif masyarakat?” soalnya.

Haniff Khatri menegaskan, beliau tidak menyentuh secara khusus dan kita tidak boleh menyatakan dari sudut Islam sedangkan pada hakikatnya setiap agama di dunia ini mempunyai hormat kepada institusi keluarga dan hubungan tabi’i.

Jadi maksudnya, LGBT ini bukan sahaja melanggar Islam, bahkan melanggar kebanyakan agama dan boleh dikatakan semua agama di dunia ini dan yang mana tidak beragama pun melanggar konsep institusi keluarga dan institusi hubungan manusia sesama manusia, hubungan tabii’ iaitu lelaki dengan perempuan dan perempuan dengan lelaki.

Bukankah itu hubungan fahaman majoriti rakyat dunia ini,” soalnya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: