Tempatan

Lapan Negeri Di Malaysia Dijangka Bakal ‘Tenggelam’ & Hilang Dari Peta

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Mei 2023 – Lapan negeri di Malaysia antara yang dijangka bakal tenggelam dan hilang dari peta disebabkan oleh pemanasan global dan cuaca ekstrem.

Menurut laporan portal tempatan, berdasarkan kajian terbaharu oleh Nature Communications iaitu Elevation Data Triple Estimation to Sea – Level Rise and Coastal Flooding, antara negeri yang bakal terjejas adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Sarawak.

BACA JUGA: Boleh Import Majalah Porno Selepas Ini? – Lukman Sheriff

BACA JUGA: Tangan Ghaib Punca Kerajaan Gugurkan Rayuan Kes Kalimah Allah Jill Ireland?

BACA JUGA: Kalimah Allah: Di Mana Kuasa Eksekutif Pihak Berkuasa Agama – Presiden PERKID

Kajian sama turut mendedahkan, populasi Asia paling banyak terdedah kepada kenaikan paras laut iaitu sebanyak 70 peratus di peringkat global.

Antara faktor utama mengakibatkan kenaikan paras laut adalah pengembangan haba lautan, pencairan glasier Greenland dan Antartika serta kepingan ais, perubahan suhu dalam simpanan daratan dan faktor paling mendominasi ialah pengembangan haba lautan.

Pakar Kesihatan Persekitaran di Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Juliana Jalaludin pula berkata, negara bakal mengalami peningkatan tahap banjir dan banjir laut selain hakisan pantai akan berlaku dengan lebih cepat serta merosakkan infrastruktur disebabkan impak dibawa gabungan kejadian ekstrem dan kenaikan paras laut.

“Antara bandar yang dijangka bakal menerima kesan adalah Parit Buntar sehingga Taiping (Perak), Bandar Muar (Johor) dan Pekan (Pahang) manakala Alor Setar (Kedah) berdasarkan Data Climate Central dijangka menjadi pulau menjelang 2050,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: