Tempatan

Pemanasan Global: Cuaca Malaysia Bercelaru

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SERDANG, 17 Julai 2023 – Perubahan iklim dan pola cuaca di Malaysia pada waktu ini dipercayai berpunca daripada pemanasan global sehingga mengubah suhu serta jumlah taburan hujan.

Pakar Governan Persekitaran, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman berkata pengaruh pemanasan global boleh mengganggu keseimbangan semula jadi termasuklah ‘kecelaruan’ iklim dan cuaca.

“Sepatutnya Malaysia kini sedang mengalami musim Monsun Barat Daya dari bulan Mei hingga September dengan cuaca yang kering dan jumlah hujan yang berkurangan serta suhu yang lebih panas, tetapi berlaku sebaliknya.”

BACA JUGA: KDN Rampas Bahan Al-Quran, Peranti Elektronik Bernilai Hampir RM62,000

BACA JUGA: Penjualan Padi: Kartel ‘Bunuh’ Kilang Kecil Bumiputera

BACA JUGA: Rumah Kongsi Buruh Asing Jadi Markas Perburuan Haram Haiwan Liar

“Semua ini berpunca daripada aktiviti manusia yang mengubah persekitaran mereka secara drastik dan pada skala yang luas yang mana sebahagian daripada aktiviti ini tidak berlestari dengan alam sekitar,” katanya.

Tambahnya lagi, perkara itu bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi berlaku di seluruh dunia.

“Ia merupakan fenomena global yang harus dihadapi. Semua perubahan yang berlaku ini diramalkan, cuma ‘keterukannya’ masih samar.”

“Justeru, persiapan holistik merangkumi semua pemegang taruh haruslah diberi keutamaan agar segala impak negatif terhadap pelbagai sektor khususnya kesejahteraan masyarakat dapat diminimumkan,” katanya.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: