Gas Metana Dalam Atmosfera Meningkat, Bersedia Dengan Suhu Lebih Panas
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
GENEVA, 15 September 2022 – Persatuan Meteorologi Dunia (WMO), agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran serius kepada seluruh dunia susulan perubahan iklim yang drastik.
Menurut laporan itu, paras karbon dioksida, metana dan nitrus oksida di atmosfera terus meningkat ke paras yang tinggi dan kadar pelepasan bahan api fosil kembali ke tahap sebelum pandemik.
Tahap pemanasan global pula, direkodkan paling tinggi sejak tujuh tahun lalu, dan dijangka akan meningkat dalam jangka masa lima tahun akan datang kepada purata 34.7 darjah lebih tinggi berbanding purata antara 1850 dan 1900.
Setiausaha Agung WMO, Profesor Petteri Taalas dalam satu kenyataan berkata cuaca ekstrem yang melanda ketika ini adalah berpunca daripada sikap manusia itu sendiri.
“Perubahan iklim berlaku berulang kali pada tahun ini dan memberi kesan yang tragis.”
“Justeru itu, amat penting bagi kita untuk meningkatkan tindakan ke atas sistem amaran awal untuk membina daya tahan terhadap risiko iklim semasa dan masa depan dalam komuniti yang terdedah berbanding sebelum ini.”
Jelasnya, berikutan krisis iklim yang tidak menentu, WMO menerajui usaha untuk memastikan ‘Amaran Awal Untuk Semua’ dibangunkan dalam tempoh lima tahun akan datang.